Followers

Saturday, April 11, 2009

apa tugas muslimat

Kursus dan taklimat persediaan menghadapi PRK P059 Bukit Gantang





Muslimat di hari penamaan calon




Muslimat bersolat hajat dan bermunajat setiap hari







Muslimat di kempen rumah ke rumah







Muslimat di hari mengundi






Malam kemenangan...(ehsan ummuasiah)




kenangan PRK Bukit Gantang

salam semua...

selesai sudah PRK Bukit Gantang..banyak kenangan.. banyak dugaan.. banyak tohmahan..itu yang dah kulalui sepanjang berada di Bukit Gantang...banyak juga kenalan baru yang dapat..banyak juga wajah2 baru yang muncul menjadi lakaran baru untuk dimuatkan dalam database kehidupanku..maaf la lambat update blog cikai ni..demam punya pasai la apa lagi...akak sesumpah aku pun demam jugak kabornya...Allah suruh rehat tu..tu tanda Allah sayang kat kita..

aku sebagai seorang muslimah yang punya banyak pantang larang bila berada dilapangan perjuangan..kerana aku sebagai isteri kepada seorang suami..ummi kepada 5 orang cahayamata...anak kepada mak dan abah...setiap langkahku harus memikul amanah iaitu menjaga maruah suami dan keluarga...maruah jemaah parti yang kunaungi...insyaAllah aku masih berpegangkuat dengan pantang larang..kalaupun aku terleka teman disisi sentiasa mengingatkan..ini jalan hidup aku..ini kemahuan aku..ini kepuasan bagi diri aku...aku berbangga dengan aturan Allah...punya suami yang memahami..punya anak yang sentiasa menyokong...punya keluarga yang sentiasa bersamaku...punya sahabat2 yang sedia berdiri disampingku...

aku ingin mengucapkan terima kasih kepadaMU ya Allah..belum tentu aku akan dapat pengalaman yang sebegini mahal tanpa izinMu...lebih2 lagi bila kemanangan yang KAU hadiahkan sebagai menambahkan kemanisan dalam sebuah perjuangan...walaupun perjuangan yang aku lalui tidak sehebat Masyitah(bukan Mashitah Islam Hadhari tau..) atau Sumayyah..terlalu sedikit dan terlalu kecil sumbanganku untuk Islam...namun peluang yang ada ini takkan kulepaskan...

aku akan hanya lakukan apa yang aku suka buat..PRK Bukit Gantang betul2 memakbulkan keinginan aku...aku diberi tugas ikut suka aku...tak ada tekanan tak ada paksaan...so aku kerja dengan senang hati bersama 2 lagi muslimah yang berani mati...kuang..kuang..kuang..kami tak besar(err tak besar ke..?)..dan kami tak kuat..bila bekerjasama semua jadi mudah..

Sesumpah


Ucapan setinggi2 terima kasihku untuk ketua HalWa Perak Kak Mizan kerana memberi kepercayaan kepada kami bertiga untuk menjayakan misi sebagai 'sesumpah'..satu pengalaman yang cukup berharga.. kena pulak gandingannya dengan Puan Leha dan Cik Puan Ana..the great 'sesumpah' of the year hahaha..keberanian korang memang aku salute..secara tak langsung aku jadi terover berani dari korang..muahahaa... apa2 pun team kita memang class beb...masuk lorong kecik..lorong besar...semua kita redah...satu team yang cukup mantop...

Iron lady of Trong



ni nak cerita tentang seorang hamba Allah yang betul aku kagum Kak Nah pangilan manjanya...hebat dan cukup lasak..meeting dari Trong ke Ayer Kuning hanya dengan motosikal aje...tak kira malam ke siang ke hujan ke panas ke...bila kena panggil untuk meeting di markaz induk dia pasti redah...bagi aku dia ni patut diberi pingat....malam sehari sebelum nak mengundi kakak kita ni jatuh motor dia pakat senyapkan dari kami...apa lagi bila akak sesumpahku tau.. mula la mulut dia bising mengalahkan murai...baik akak sesumpah mahupun Kak Nah ni..mulut depa memang tip top..sapa tak tahan mau nangis..tapi aku dah biasa hidup dikalangan mulut2 yang sekutu dgn depa ni maka aku tak terasa hati..sapa yang jenis cepat tersentap jangan duk dekat baik hangpa duk jauh2 sat lagi ada yang teghoyak...ada yang buat muncong pulak nanti..tak tau la bila nak jumpa dengan Kak Nah lagi...masa balik tak dan nak bermaaf2an.. yang penting berbaloi dengan kemnenangan yang Allah beri..tapi aku tau apa Kak Nah nak cakap bila kita menang.."menang lagi susah hang tau...sat lagi aku mengalahkan YB..semua duk cari aku..minta tu mintak ni..." tu la ayat dia..sabar no Kak Nah..

Terima Kasih

sepanjang PRK Bukit Gantang aku asik berulang dari Bagan Datoh ke Bukit Gantang macam aku pergi Teluk Intan aje .. setinggi2 ucapan terima kasih aku buat Kak Wan sebab menyediakan tempat tidor yg cukup selesa di Trong..ala2 homestay lagi...cukup dengan keselamtannya..pasal duk depan Balai Polis Trong...tapi sayang takde coverage untuk si berukband...maka aku dioffer bertapak di rumah Cik Puan Ana di Semanggol..tak jauh dari stesyen maya BloggerNetwork.. maka di Semanggol lah stesyen mayaku...terima kasih Ana pasal pinjamkan streamyx hang kat akak...dan paling berharga dia meminjamkan tenaga dan masa dia untuk menemani aku sepanjang aku bertugas di PRK ini...sampai anak dia pun dia export kat mak dia...terima kasih makcik tolong jagakan Musfirah...makanya Cik Puan Ana ni sudah dikenali di kalangan BlogNet...sebagai bodyguard aku dan teman setiaku...hehehe

kepada geng BlogNet...terima kasih sebab menaja makan malamku sepanjang di Bukit Gantang..tempat berkumpul kami selalu tak lain kat restoran Zambri..bukan Zambry MB Haram tu...restoran tu aku panggil restoran kanji arab...pasal kanji dia memang sedap walaupun aku tak pernah order kanji...cium bau dia aku dah agak memang sedap..dan di situ juga tempat pimpinan PR menjamu selera..aku jarang dapat bersama dan bergerak dengan geng BlogNet..maka time makan adalah time untuk kami bertukar cerita dan menyampaikan berita apa yang berlaku... disebabkan tugas aku di bukit gantang selain sebagai blogger aku juga petugas parti..itu pasal aku tak banyak buat posting..sebab sibuk dan bila balik ke Semanggol dah jauh malam..mata pun ngantuk badan pun penat...cerita memang banyak...tapi masa tak mengizinkan untuk aku menulis...bizi maa...

kepada tetamu BlogNet..ada yang tak sempat nak kenal dan tak sempat jumpa pun ada..terima kasih memberi sokongan kepada kami yang kerdil ini...memang banyak bantuan dah diberi kepada team BlogNet..mungkin tak dapat kami nak membalasnya..insyaAllah setiap yang disumbangkan akan memberi seribu keberkatan kepada perjunagan ini...demi keadilan..demi keamanan..demi kejayaan dunia dan akhirat...tapi paling manis dalam PRK ni bila Abg Pyanhabib sudi bersama kami di hari kemenangan DS Nizar..juga adik Annur(hari jadi Annur masa tu) dan kakak Anisa serta famili KulupSakah...


Annur(besday girl) dan umi(blogger aku OKU)

suasana menunggu keputusan

kepada pelayar BlogNet terima kasih kerana memberi sokongan anda semua...tanpa anda siapalah BlogNet..aku tak dapat nak buh nama2 yang terlibat secara langsung ke atau tidak dengan kehidupan aku di sepanjang PRK ni..yang pasti aku cukup2 berterima kasih atas sokongan dan perhatian anda terutama Kak Erah dalam lembutmu terselit ketegasan..terima kasih kerana sentiasa menjagaku dalam jauh..

Terima kasih juga kepada pengundi2 Bkit Gantang yang telah memilih DS Nizar sebagai wakil kalian...terima kasih kerana memberi kemenangan kepada PR...kerana anda membuatkan seluruh jentera dan penyokong PR tersenyum sehingga ke hari ini...Tahniah kepada warga Bukit Gantang kerana anda memiliki wakil rakyat yang cukup istimewa..

Takbirr..!!

Thursday, April 09, 2009

apa akan jadi pada umno..??

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg

-bicara tok iskandar


kabinet dapur najib saiznya lebih kecil daripada kabinet dapur pak lah.
Peralihan kuasa Pak Lah kepada najib bukanlah satu transformasi tapi momokan kepada rakyat.Najib memerintah dengan otak mamak memanda pencen.tak ubah macam boneka.negara kita kini berada seperti pada zaman mamak memanda pencen memerintah dulu.
Kabinet dapur yang baru dibentuk ibarat kabinet perpecahan yang menanti masa untuk retak dan menanti belah.

pemerintahan 100 hari najib sebagai PM hanya untuk memenuhi nafsu serakah mamak memanda pencen untuk menyingkirkan KJ.

Liciknya mamak memanda pencen ini ialah mengekalkan hulubalang kanan KJ seperti sepupunya shaziman,Ismail Sabri dan saifuddin abdullah dalam kabinet dapur najib.
sama seperti yang dilakukannya ketika memasukkan Rais yatim dan Brahim Ali dalam kabinet dapurnya hanya untuk meminggir dan menjadikan Kuli terasing daripada hulubalang kanannya.
KJ senasib dengan Kuli

Tok tak percaya KJ akan bersabar dan membiarkan dirinya diinjak-injak oleh mamak memanda pencen.

KJ belum memetik butang kecemasan dan setakat ini Pak Lah masih bersikap neutral tapi jika menantu kesayangannya terus dianiaya,sudah tentu Pak Lah akan mengumpul bala tenteranya untuk melawan.

semboyan perang masih belum dibunyikan.Najib masih terus-terusan mengikut telunjuk mamak memanda pencen yang sibuk melobi tempat untuk anaknya dalam kabinet dapur najib sambil menyingkirkan seteru utamanya KJ.

Selepas ini dijangkakan rombakan teraju kepimpinan akan berlaku di Perlis,Negeri Sembilan,Melaka,johor,Pahang dan Terengganu.Mereka akan digantikan oleh hulubalang-hulubalang najib.

Masih ada 3 MP di Perlis yang berpihak kepada Pak Lah dan Pulau Pinang kerusi Pak Lah sendiri parlimen Kepala Batas,seorang MP di Melaka,7 MP di Perak,3 di Negeri Sembilan,seorang MP di WP,2 MP di Selangor,6 MP di Johor,6 di Pahang,3 di Terengganu dan Kuli di Kelantan.

Sekurang-kurangnya 10 MP lagi akan menyertai Pak Lah jika beliau berjaya mengumpulkan 30 MP menyertainya.Ketika ini tak mustahil jika mereka keluar UMNO dengan menjadi bebas dan mencapai persetujuan dengan PR untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru dan menumbangkan kedudukan najib sebagai PM melalui undi tak percaya yang dikemukakan di dalam parlimen.

Jika ramalan tok berlaku,nescaya umno akan tumbang dan setelah menjadi parti yang mendominasi kaum Melayu akhirnya parti ini mulai reput dan tinggal usang.

kehadiran mamak memanda pencen selaku tuan penasihat najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan najib.

bila dan bagaimana?sama-samalah kita tunggu dan lihat

Tuesday, April 07, 2009

Akibat DS Nizar menang


''Kita dah menang..'' kata Bro Pyanhabib..


"Mari kita celebrate...!!! sapa nak blanja..?"


KulupSakah kata..."Bro Pyanhabib...!!"


"Oraaiitttt....!!" Kata Bro. Pyanhabib semasa join bloger Pakatan Rakyat yang beroperasi di Taman Simpang belakang Balai Polis Simpang, Taping.

JOM kita bedal mee udang di Kuala Sepetang...!!!!

Kita dah MENANG...!!!!

Kemenangan gemilang Pakatan Rakyat di P059 menerusi calon PAS, DS Ir. M. Nizar Jamaluddin dengan majoriti RASMI sebanyak 2789 undi

sekarang DS Nizar sudah berada di Dewan Majlis Perbandaran Taiping untuk pengumuman keputusan PRK Bukit Gantang...para jemaah menteri pasola dari siang tadi dah berangkat pulang...depa dah tau depa nak kalah tu yang awai2 angkat kaki tu....

Takbir !!!

HIDUP RAKYAT...!!

keputusan PRK N29 Batang Ai

Calon BN Malcolm Mussem Lamoh mendapat sebanyak 3,907 undi telah mengalahkan calon PKR Jawah Gerang yang mendapat undi sebanyak 1,854. Majoriti BN menang dengan 2,053 undi. Peningkatan undi majoriti adalah sebanyak 1247 undi

Latarbelakang Pilihanraya Kecil N29 Batang Ai

Pada 24 Februari 2009, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ak. Ingkot daripada Barisan Nasional (BN). Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah, pada pukul 1.25 pagi akibat serangan angin ahmar yang dialaminya sejak 22 Mei 2008. Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi.

TAHNIAH BUAT BN YANG BERJAYA MENGEKALKAN KEMENANGAN DI N29 BATANG AI

sumber

keputusan PRK Bukit Selambau

sumber Lim Kit Siang

8.23 pm

Only 4 area left
1. Pekan Bkt Selambau
2. Batu Balacan
3. Titi Panjang
4. Tmn Ria Selatan

Note : Batu Balacan - PKR lost 82 but no details
Note 2: Last Results Pekan Bkt Selambau - PKR lost 223
Titi Panjang - PKR won 93
Tmn Ria Selatan - PKR won 68

—————–

8.15 pm
Current Scoreboard

PKR 11530
BN 9174
Majority (PKR) 2359



PKR BN
Tmn Ria Utara 704 628
Tmn Desa Aman 810 834
Tmn Ria Jaya 2113 1202

——————-

8.08 pm
Current Scoreboard

PKR 7903
BN 6510
Majority (PKR) 1366

PKR BN
Bdr Laguna Merbok 388 267
Tmn Peruda 668 479
Kg Sungkap 148 298

—————

7.59 pm

keputusan PRK P059 Bukit Gantang

Jam 8:40 PM

PAS : 20021
BN : 17076
BEBAS : 56
ROSAK : 318
MAJORITI : 2945
JUMLAH SALURAN MENANG : 57
JUMLAH UPU MENANG : 16


Jam 8:09 PM

PAS - 17427
BN - 15001
Bebas - 46
Rosak - 256
Majoriti - 2426
Jumlah Saluran Menang - 48
Jumlah UPU Menang - 15

Jam 7:59 PM

PAS - 16316
BN - 14061
Bebas - 40
Rosak - 231
Majoriti - 2255
Jumlah Saluran Menang - 44
Jumlah UPU Menang - 15


Jam 7:51 PM


PAS - 15498
BN - 13228
Bebas - 33
Rosak - 211
Majoriti - 2270
Jumlah Saluran Menang - 41
Jumlah UPU Menang - 13

Jam 7:38 PM

PAS - 14720
BN - 12143
Bebas - 32
Rosak - 189
Majoriti - 2577
Jumlah Saluran Menang - 41
Jumlah UPU Menang - 13

Jam 7:37 PM

PAS - 14482
BN - 11925
Bebas - 32
Rosak - 172
Mmajoriti - 2557
Jumlah Saluran Menang - 41
Jumlah UPU Menang - 13

Jam 7:26 PM


PAS - 13327
BN - 10936
Bebas - 31
Rosak - 151
Majoriti - 2391
Jumlah Saluran Menang - 39
Jumlah UPU Menang - 12

Jam 7:15 PM

PAS - 11115
BN - 8572
Bebas - 29
Rosak - 120
Majoriti - 2543
Jumlah Saluran Menang - 34
Jumlah UPU Menang - 11

Jam 7:13 PM

PAS - 10361
BN - 8117
Bebas - 27
Rosak - 119
Majoriti - 2244
Jumlah Saluran Menang - 32
Jumlah UPU Menang - 11

Jam 7:13 PM

PAS - 9423
BN - 6997
Bebas - 32
Rosak - 119

Jam 7:06 PM

PAS - 8712
BN - 6444
Bebas - 22
Rosak - 92

*Jumlah dari 26 peti undi

Jam 6:55 PM

PAS - 7294
BN - 4670
Bebas - 17
Rosak - 55

*Jumlah dari 23 peti undi.

Jam 18:45 PM


PAS - 5141
BN - 3289
Bebas - 16
Rosak - 42

Jam 18:40 PM

PAS - 4929
BN - 3161
Bebas - 9
Rosak - 42

Jam 18:38 PM

PAS - 4373
BN - 2852
Bebas - 9
Rosak - 36

Jam 18:35 PM

PAS - 3484
BN - 3161
Bebas - 9
Rosak - 42

Jam 18:21 PM


PAS - 1059
BN - 799
Bebas - 1
Rosak - 13

Jam 18:17 PM


PAS - 755
BN - 678
Bebas - 1
Rosak - 13

Jam 18:11 PM

PAS - 601
BN - 364
Bebas - 1
Rosak - 1

Korang rajin-rajin la refresh untuk update.

sumber Perisik Rakyat

amno/bn makin kurang ajar...!!

Terkejut ummi bila dapat berita kengkawan Sri Kandi yang telah terima musibah yang tidak pernah dicapai dek akal akan berlaku di PRK Bukit Gantang ni...cuba korang bayangkan kalau adik atau anak atau saudara perempuan anda dilakukan demikian rupa..bagi ummi ia adalah satu tindakan kurang ajar...kalau dah anak buah perangai tak senonoh..tak hairan orang atasannya berperangai begitu juga...bak kata pepatah 'bapak borek anak rintik'..

insiden melondehkan seluar petugas Sri Kandi adalah satu tindakan yang tak bermoral...sepertinya orang2 amno/bn ni dah seperti duk di zaman batu..macam zaman ni takde undang2..sesuka hati main langgar aje..janji apa yang dihajati tercapai...baca cerita insiden yang sebenarnya berlaku...



Lebih kurang jam 4:30 petang tadi, berlaku satu kejadian yang tidak diingini kepada Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat dari Srikandi PKR Malaysia. kejadian berlaku ketika kumpulan Srikandi PKR sedang menjalankan kerja-kerja mengedarkan risalah kempen pilihanraya di kawasan Simpang.

Kejadian tersebut berlaku ketika 6 orang Petugas Pilihanraya (Srikandi PKR) melalui sebuah Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO/BN. mangsa menceritakan bahawa ketika mereka melalui kawasan kaki lima Bilik Gerakan UMNO/BN, beberapa petugas UMNO/BN seramai hampir 10 orang yang berada di kawasan tersebut telah bertindak mengepung salah seorang dari mereka kemudian telah mengheret mangsa kedalam bilik gerakan UMNO/BN.

Sebelum itu kumpulan pertama seramai 3 orang yang berada dihadapan mereka telah diganggu dan kumpulan tersebut telah cuba merampas risalah yang mereka bawa dan berlaku adegan tarik-menarik tetapi kumpulan tersebut berjaya meloloskan diri.

Walau bagaimanapun, dalam kekecohan tersebut, kumpulan pertama tadi tidak sedar bahawa rakan mereka yang berada dibelakang telah dikepung dan diheret masuk kedalam Bilik Gerakan tersebut dan mereka hanya menyedari kejadian setelah seorang pekedai berbangsa cina memaklumkan kepada mereka kemudian.

Setelah dimaklumkan, mereka berpatah balik tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana jumlah petugas UMNO/BN yang ramai. kebetulan ketika kejadian berlaku, bapa mangsa berada berhampiran tempat kejadian dan bapa mangsa kemudian bergegas menyelamatkan anaknya selepas berlaku sedikit kekecohan.

Mengikut mangsa, kumpulan seramai hampir 10 orang tersebut dalam lingkungan umur 40 tahun keatas ketika kejadian telah cuba menanggalkan seluar mangsa tetapi mangsa bernasib baik kerana memakai seluar jeans yang agak ketat dan memaki talipinggang.

Kumpulan tersebut juga dalam kekecohan telah mencabul mangsa beramai-ramai.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpang pada jam 5:00 petang tadi.-Perisik Rakyat

Monday, April 06, 2009

suasana bukit gantang petang 05.04.09



jalan menghala ke Trong



Simpang Taiping

dijangka hari ini lalu lintas akan bertambah sesak...harap anda yang akan bertapak di Bukit Gantang bekalkan sifat sabar di tahap paling tinggi...

Selamat Datang Ke Bukit Gantang...!!

Selamat kembali kepada pengundi yang duduk di luar...!!

Selamat Mengundi kepada pengundi yang SAH...!!

Jangan lupa pangkah PAS..!!

Pangkah DS Nizar Jamaluddin..!!

Bingkisan dari DS Nizar calon P059 Bukit Gantang

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Setelah selamat hari penamaan calun , maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah keseluruh pelusuk dan kawasan Parlimen P059 Bukit Gantang.

Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan berbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.

Selaku calun, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan dari seluruh pengundi, warga bkt gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari umno-bn yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud di sepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunkan kesemua kesilapan dan kesalahan saya. Jauh di lubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.

Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat terima kasih atas kepercayaan mencalunkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS. Kepada semua pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat. UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.

Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Poils dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kepada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.

Kepada warga Bukit Gantang , selamat mengundi PAS. Hidup Rakyat dan Wasalam.

UNDI PAS...Ingat Undi PAS..!

Bukit Gantang semakin....HOT..PANAS...MEMBARA...

Blog ini terpaksa off satu hari sejak kelmarin. Aku ada misi besar yang perlu diselesaikan dalam masa 24 jam bermula petang kelmarin. Misi dah selesai. Dalam posting ini aku rangkumkan semua maklumat dan cerita yang aku dapat sepanjang 32 jam di luar Stesen Maya 1.

1. Bukit Gantang Penuh Sesak 2. Kedudukan Masih 50-50 3. PR Perlu Peka Dan Pantas - Che' Det Datang Hari ini 4. Mufti Harussani Tolong Kempen Jangan Undi PAS 5. UMNO Lapor Pada Polis - Nga Kor Ming Hina Islam Sebab Baca Ayat Quran 6. Jangan Hanya Tangkis Serangan - Kita Juga Mesti Menyerang!


1. Bukit Gantang Penuh Sesak

Kawasan Parlimen Bukit Gantang penuh sesak. Penyokong PR dan BN dari seluruh pelosok negara membanjiri kawasan ini. Hotel dan rumah tumpangan di Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh tak ada lagi yang kosong. Jalan jammed, terutama dari arah Trong ke Changkat Jering. Hampir waktu maghrib tadi kenderaan bersusun dari traffic light plaza tol Changkat Jering hingga ke pekan Trong. Dari Sungai Tinggi nak ke Taiping, aku terpaksa patah balik ke Beruas, memandu ke Manong dan Kuala Kangsar, masuk high-way ke utara, tak keluar di Changkat Jering, tapi terus ke tol Taiping Utara. Singgah di majlis Jamuan DAP di Taman Kota Jaya. Ramainya manusia! Alhamdulillah sekarang dah lapor diri di Stesen Maya 1.

2. Kedudukan Masih 50-50

Kedudukan kecenderungan pengundi masih bercampur-campur kalau ikut istilah bursa saham. Macam biasa, kedua-dua pihak mengaku sedang mendahului.

BN yakin penuh telah dapat sokongan pengundi Melayu. Antara 65 ke 75 peratus. Pengundi Cina dan India terus di asak dengan pengumuman peruntukan itu dan ini. Macam-macam ada! Petang tadi sebuah sekolah Cina dapat cek RM 1 juta untuk membina dan membaik pulih beberapa bangunan sekolah tu. Pengundi India di Simpang Halt dah dijanjikan penyelesaian masalah hak milik tanah yang diduduki sejak berpuluh tahun. Pengundi Cina Pulau Pasir Hitam dijanjikan bekalan air dan elektrik yang lebih sempurna. Majlis makan malam bersama pengundi Cina yang dihadiri Muhyidin Yasin mendapat sambutan boleh tahan. Mencecah angka ribu walau pun dalam hujan lebat.

Sumber bilik gerakan utama BN memberitahu sokongan pengundi bukan Melayu dah meningkat daripada sekitar 25% sebelum penamaan calon ke angka 30-35% hari ini. Kenyataan resmi jurucakap BN menyebutkan angka 40-50%.

Kedua-dua pihak meramalkan peratus keluar mengundi ialah antara 75-80% iaitu antara 41,603 hingga 44,377.

Jumlah Pengundi : 55,471
Melayu : 35,105 ... kalau 75-80% keluar mengundi, angkanya 26,329 - 28,084.
Bukan Melayu : 20,366 ... kalau 75-80% keluar mengundi, angkanya 15,275 - 16,293.

Kalau BN dapat 65-75% undi Melayu, angkanya 17,114 - 19,747 atau 18,255 - 21,063.
Kalau BN dapat 30-35% undi Bukan Melayu, angkanya 4,583 - 5,346 atau 4,888 - 5,703.

Kalau dijumlahkan angka paling kecil daripada 4 pilihan itu iaitu 17,114 undi Melayu dan 4,583 undi bukan Melayu, BN memperolehi 21,697 daripada 41,603 undi atau 52.15%. Keputusannya BN menang.

PAS-PR juga yakin menang. Sumber memberitahu PR telah mendapat sokongan 35% pengundi Melayu dan 80% pengundi bukan Melayu. Kalau digunakan angka yang sama seperti di atas, PR memperolehi 9,215 undi Melayu dan 12,220 undi bukan Melayu. Jumlahnya 21,435 daripada 41,603 undi atau 51.52%. Keputusannya PAS-PR menang.

Sumber itu juga memberitahu sokongan pengundi Melayu boleh meningkat kepada 40% dalam masa 24 jam terakhir. Peningkatan itu akan menambah majoriti kemenangan atau menyerap peralihan keluar 4-5% sokongan bukan Melayu di saat akhir.

Aku tak mahu komen apa-apa berkenaan dakwaan kedua-dua pihak ini. Masing-masing ada kaedah pengiraan sendiri. Dan biasanya masing-masing suka menyedapkan hati sendiri. Yang diumumkan biasanya lain daripada yang ada dalam file.

Aku menilai dari sudut pandang diri aku sebagai blogger, bersama rakan-rakan blogger yang lain. Antara sesama blogger pun ada perbezaan penilaian. Aku dengan penilaian aku sebagai blogger yang berdiri di atas hak peribadi aku dan dalam masa yang sama sebagai penyokong Pakatan Rakyat. Pembaca juga berhak untuk ada pandangan dan penilaian masing-masing. Terpulang.

Bagi aku belum ada pihak (sama ada PR atau BN) yang layak berasa selesa dengan keadaan terkini di hari terakhir berkempen ini. Kedudukan masih samar-samar berlegar di angka 50-50. Pergerakan turun naik masih berlaku antara 46:54 ke 54:46 di kedua-dua kem. 8% daripada jumlah yang dijangka keluar mengundi menjadi penentu kemenangan. Secara logiknya 3200-3600 pengundi penentu ini ialah kumpulan pengundi atas pagar. Pihak yang berjaya mendapat sokongan atau simpati daripada kumpulan ini akan muncul sebagai pemenang 7 April.

Sebagai penyokong PR, aku mengharapkan PR menang. Tapi sehingga malam ini aku masih belum percaya PR boleh menang. Bila aku kata begitu, bukanlah bermaksud BN gerenti menang. Maksud aku petunjuk kemenangan tidak jelas ke mana-mana pun. Aku perlu tegaskan begini supaya BPN tak eksploit analisis aku ini untuk menghebahkan kononnya BloggersNetwork@Perak dah mengaku PR kalah.

3. PR Perlu Peka Dan Pantas - Che' Det Datang Hari Ini

Aku harap semua rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dapat bertindak betul, pantas dan berhati-hati sepanjang hari dan malam ini (6 April) sehingga besok (7 April). Pemimpin-pemimpin jentera parti mesti fokus kepada keperluan sebenar. Petugas-petugas parti di peringkat UPU mesti all-out mengikat kecenderungan pengundi atas pagar. Jentera di peringkat lokaliti mesti selesai mengatur urusan pengundian ahli dan penyokong setia yang digerakkan secara sistematik pada hari mengundi. Ahli-ahli parti yang bukan jentera resmi mesti membantu dengan cara menziarahi atau menghubungi keluarga dan rakan kategori atas pagar. Sentuhan hubungan yang asli itu lebih berkesan daripada semua pendekatan kempen yang lain.

Hari ini dijadualkan Che' Det akan turun berkempen di Bukit Gantang. Aku tak risau kedatangan orang tua itu dari sudut upayanya mengalih arah sokongan antara parti. Dia tak mampu mengubah pendirian penyokong Pakatan Rakyat. Tetapi sentuhan black magic mantan diktator itu ada kemungkinan meredakan ketegangan dalaman UMNO Bukit Gantang. Setakat ini protes senyap kem Ketua UMNO Bahagian masih membara. Empayar Dato' Rosli Husin masih sukar untuk memberi laluan kemenangan kepada Ismail Saffian. Kemenangan Ismail bererti masa depan yang sukar dan tak menentu bagi Rosli. PR nampaknya tak cukup bijaksana memanipulasi keadaan itu. Hari ini Najib mengutuskan sifunya untuk menamatkan protes senyap ketumbukan Rosli. Kalau pujukan dan gorengan itu berhasil, UMNO akan dapat bonus berharga.

PR tak wajar memandang remeh kepada apa pun yang berlaku. Che' Det memang hebat kuntaunya. Mungkin ada petua-petua baru yang akan dibisikkan kepada jentera UMNO dalam pertemuan-pertemuan tertutup hari ini. Hujan duit akan turun dengan lebih lebat hari ini dan malam nanti. Risalah-risalah maut akan sampai kepada pengundi pada waktu petang dan malam nanti. Bahan tipu dan fitnah itu perlu dicounter dalam tempoh singkat. Kalau lambat bertindak balas, nahas padahnya.

4. Mufti Harussani Tolong Kempen Jangan Undi PAS

Kelmarin Harussani dah turun ke gelanggang. Walau pun tubuh badannya tak ada di Bukit Gantang tetapi suaranya dah sampai. Sehari suntuk Radio Perak menyiarkan kenyataannya bahawa mengundi tak ada kena mengena dengan syurga dan neraka. Belitan UMNO simple saja ... (kononnya) PAS kata, undi PAS boleh masuk syurga. PAS kata jangan undi BN sebab boleh membawa ke neraka. Harussani beri penjelasan ... undi tak ada kena mengena dengan syurga neraka. Jangan peralatkan agama untuk meraih undi. Jangan peralatkan ayat Quran untuk kepentingan politik ... seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak ... parti politik tertentu. Manusia tak boleh menghukum siapa yang masuk syurga dan masuk neraka. Yang berhak menghukum hanyalah Allah.

Kita mungkin menganggap kenyataan mufti itu bukan isu besar. Kita mungkin menganggap kenyataan itu perkara biasa. Memang itulah taktik UMNO sejak dulu. Kita mungkin bersangka taktik lapok itu tak memberi kesan. Penyokong kita tak akan terpengaruh dengan kenyataan basi itu. Tetapi, itu cuma persepsi kita. Yang penting sekarang ialah persepsi kumpulan atas pagar. Walau pun mereka tidak mudah dipengaruhi, namun kebarangkaliannya tetap ada.

Perkara sebenar mesti disampaikan kepada pengundi. Mereka mesti difahamkan bahawa kita tak pernah menghukum siapa yang layak ke syurga atau ke neraka. Tok guru dan penceramah kita hanya mengingatkan tentang syurga dan neraka secara umum. Kalau ada yang specific pun, peringatan itu masih merujuk kepada maksud asal ayat Quran atau Hadith Rasulullah. Tidak pernah kita menuding kepada mana-mana parti atau individu secara khusus. Itulah yang sebenarnya berlaku.

Tok guru dan penceramah kita membaca ayat tentang perintah berlaku adil dan jangan melakukan kezaliman. Kita membaca ayat yang memberi amaran kepada pelaku kezaliman. Orang zalim tempatnya di neraka. Itu hukuman Allah, bukan hukuman kita. Kita juga membaca ayat larangan cenderung kepada kezaliman. Ayat Allah menghukumkan dengan jelas bahawa orang yang cenderung kepada kezaliman akan disambar oleh api neraka. Itu hukuman Allah, bukan hukuman kita. UMNO melakukan kezaliman. Mereka mengurung manusia tanpa bicara (ISA). Mereka beri rasuah dan terima rasuah. Mereka menindas rakyat yang tak sealiran dengan mereka. Dan macam-macam lagi. Semua itu namanya zalim. Allah mengharamkan kezaliman. Allah telah menetapkan dalam Quran bahawa orang zalim akan masuk neraka. Kita baca ayat itu. Kita terangkan ayat Allah. Kita tak kata UMNO masuk neraka. Kita cuma mengingatkan apa yang Allah firmankan. Jangan buat zalim. Orang zalim akan masuk neraka. Kita cuma mengingatkan ISA itu zalim. Rasuah itu zalim. Menindas itu zalim. Orang zalim akan masuk neraka. Kalau UMNO berasa peringatan itu terkena batang hidung mereka, itu hak mereka. Pokoknya PAS atau Pakatan Rakyat tidak pernah menghukumkan UMNO mesti masuk neraka. Begitulah juga sebaliknya dalam hal masuk syurga.

5. UMNO Lapor Pada Polis - Nga Kor Ming Hina Islam Sebab Baca Ayat Quran

UMNO juga dah buat report (polis) berkenaan pemimpin DAP (non-muslim) membaca ayat Quran dalam ucapan dan ceramah mereka. UMNO marah kononnya perbuatan itu mencemarkan kesucian Al-Quran. Al-Fadhil ulama' UMNO pun bermadah bahawa orang kafir tidak dibolehkan membaca ayat Quran. Pemimpin DAP dituduh mempermainkan kitab suci umat Islam. Pemimpin PAS dan PKR beragama Islam dituduh merelakan Quran dihina dan dipermainkan.

Dari sudut benar atau salah, memanglah UMNO salah. Mereka hanya membuktikan kebodohan apabila membangkitkan isu ini. Tetapi dari sudut kesannya kepada pengundi Bukit Gantang, kita tak boleh pandang remeh. Orang Melayu ada ketikanya amat sensitif tentang maruah agama. UMNO yang tak pernah peduli tentang agama itu sentiasa licik menggunakan isu agama untuk membunuh imej pihak lawan. PAS ditakuti dan dibenci oleh pengundi non-muslim sejak dulu kerana UMNO berjaya melekatkan imej agama yang ganas dan kolot kepada PAS. Alhamdulilah penipuan UMNO itu beransur terbongkar kebelakangan ini. Sembahyang dua imam, amanat Hj. Hadi, taliban dan anti kemajuan adalah contoh eksploitasi isu agama yang berjaya mengukuhkan UMNO.

Oleh itu PR khususnya PAS tidak wajar terlalu defensif. Isu DAP baca ayat Quran ini perlu difahamkan secepat mungkin dalam tempoh satu hari yang terakhir ini.

Pemimpin DAP yang membaca ayat Quran itu, juga membacakan terjemahannya yang betul seperti teks terjemahan yang asal. Mereka membaca ayat-ayat itu secara serius dan dengan maksud yang nyata. Bukan secara bermain-main atau dengan gaya memperolok-olokkannya. Tiada nas Quran atau Hadith yang melarang non-muslim membaca ayat Quran. Logiknya pun, kalau mereka ditegah membaca Al-Quran maka bagaimana kita nak menyeru mereka kepada Islam sedangkan sumber utama Islam ialah Al-Quran. Umar Al-khattab membuat keputusan memeluk Islam setelah dia membaca ayat Quran surah Taha di rumah adiknya. Ketua Biro Penyelidikan Majlis Gereja Sedunia, Garry Miller memeluk Islam setelah bertahun-tahun membaca dan mengkaji ayat Al-Quran. Sekarang dia adalah pendakwah yang aktif dengan nama baru Abdul Ahad Omar. Beribu-ribu pelajar non-muslim di sekolah menengah negara ini belajar mata pelajaran Pendidikan Islam sehingga ramai yang lulus cemerlang A1 bagi subjek Pendidikan Islam SPM. Pelajar-pelajar itu belajar Al-Quran dan membacanya selama bertahun-tahun. Mengapa kerajaan UMNO tidak menghalang mereka?

Sebenarnya UMNO hanya cuba menggunakan isu ini untuk mengelirukan pengundi atas pagar. Mereka cuba menyemai perasaan membela kesucian Al-Quran secara songsang. Al-Quran memang suci. Kesucian Al-Quran wajib dipertahankan. Perlakuan mempermainkan Al-Quran mesti ditentang habis-habisan. Hampir semua umat Islam akan terguris hati jika Al-Quran diperolok-olokkan. Maka UMNO pun cuba memesongkan fakta peristiwa pemimpin DAP membaca ayat Quran itu. UMNO cuba menggambarkan perlakuan pemimpin DAP itu sebagai tindakan menghina Quran. UMNO cuba membentuk persepsi bahawa PAS bacul kerana membiarkan non-muslim mempermainkan ayat Allah.

Kita mesti beritahu pengundi tentang fakta sebenar peristiwa ini. Pemimpin DAP baca ayat yang sebenar. Pemimpin DAP baca terjemahan yang sebenar. Pemimpin DAP mengaplikasi maksud ayat-ayat yang dibaca itu secara bertepatan dengan maksud yang sebenar. Maka tak ada apa-apa yang salah.

Kita mesti beritahu pengundi bahawa kita tidak berhak menghalang non-muslim membaca ayat Quran selagi ia bukan bertujuan mempermain atau memperolokkannya. Kita perlu betulkan persepsi pengundi tentang Quran, Islam dan dakwah. Bantulah pengundi sehingga mereka dapat melihat betapa dakwah Islam mestilah berkait dan bersumberkan Al-Quran. Apabila non-muslim yang berkawan dengan kita sudah mula mahu membaca Al-Quran, itu merupakan antara kejayaan awal dakwah kita. Maka sepatutnya kita bersyukur apabila mereka tampil dikhalayak ramai membacakan ayat Quran. Mudah-mudahan lambat laun mereka akan menerima hidayah untuk menjadi muslim.

Kita juga mesti fahamkan pengundi bahawa yang menolak Al-Quran ialah UMNO. Islam UMNO sebagai sebuah kerajaan hanyalah Islam syiar. Islam mereka hanya pada masjid dan sekolah agama. Islam mereka hanya pada pejabat agama dan tengok anak bulan. Islam mereka hanyalah pada pusat Islam dan pusat pungutan zakat. Islam mereka hanyalah pada sambutan maulidur rasul dan sambutan maal hijrah.

UMNO tak peduli pada halal haram yang ada dalam Quran. UMNO mempersetankan ayat Quran tentang aurat. UMNO tak pedulikan ayat Quran tentang riba dan rasuah. UMNO menghina ayat Quran tentang hudud dan qisas. UMNO memandang sinis ayat Quran tentang tarbiah dan tazkirah. UMNO mempersendakan ayat Quran tentang khilafah. UMNO mentertawakan ayat Quran tentang siasah dan daulah. Pendek kata, UMNO memusuhi Al-Quran. Kitab suci itu adalah musuh UMNO.

6. Jangan Hanya Tangkis Serangan - Kita Juga Mesti Menyerang!

Setakat ini kedua-dua pihak saling serang menyerang. UMNO dengan isu derhaka dan boneka. PR dengan isu rampasan kuasa dan hak rakyat. Sehari dua ini serangan terhadap peribadi calon juga mula beredar. Serangan terhadap peribadi DS Nizar kurang berhasil. Ismail Saffian dibelasah teruk dengan isu Danok dan isu-isu salah laku seks yang menggemparkan.

UMNO dipercayai akan melakukan serangan besar di hari terakhir ini. Mungkin ada pendedahan baru yang telah atau sedang direka-cipta oleh pemikir-pemikir strategi mereka. Mungkin ada provokasi besar untuk memerangkap emosi atau sentimen jentera dan petugas PR. Kita mesti cukup bersedia untuk menyerap kemungkinan-kemungkinan itu. Sejarah UMNO sepanjang setengah abad berpilihanraya, penuh dengan kejutan serangan saat akhir yang dahsyat. Mereka tidak pernah takut pada Tuhan untuk menipu dan memfitnah. Awas!

PR mesti menyerang juga. Kita tidak boleh hanya mengukuhkan perisai. Kita juga perlu mengebom dan melancarkan peluru berpandu. Gunakan peluru Tuya sebaik mungkin. Big Momma The Pontianak mesti di pentaskan besar-besaran. Yang nyata dan yang tersembunyi di sebalik rampasan kuasa perlu didedahkan kepada pengundi. Manfaatkan isu rasuah sebaik mungkin. Kalau cukup bukti, paparkan dengan terperinci puluhan drama XXX The Boya calon BN. Kalau ada bukti, beritahu pengundi tentang pengalaman calon BN sebagai duta sulit Malaysia ke Danok di Selatan Thailand.

Kalau kita juga menyerang, BN akan kelam kabut nak menangkisnya. Mungkin tidak sempat menyerang kita. Serangggggggggggggg!

cyberboron

insiden subuh di Simpang Changkat Ibol Batu 9

JAM 2:00 pagi tadi saya cuba melaporkan satu kejadian yang nyaris-nyaris mencetuskan perbalahan besar antara kedua para penyokong dan pekerja jentera kempen pilihan raya Pas dan BN di Bukit Gantang. Sekiranya tidak ada tolak ansur dan campur tangan segera polis pasti kekecohan malam tadi membawa pergaduhan yang akan mecemari perjalanan pilihan raya kecil P59 Bukit Gantang.

Kerana tidak ada kemudahan internet maka laporan berkenaan terlewat diposting. Namun saya percaya sudah ada blogger atau pun protal berita lain memberi laporan terperinci mengenai kejadian malam tadi dari detik ke detik.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12:45 minit tengah malam, di Kepala Bukit, Batu 8, di simpang ke Changkat Ibol. Kawasan ini dikenali sebagai kubu kuat Pas sejak lama dulu dan UBN dikatakan sukar untuk menembusi kubu ini.

Sesampai di simpang itu pagi tadi sekembali dari menghadiri ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tebok dalam DUN Trong, kelihatan ramai penyokong Pas dan pekerja pilihan raya berdiri di tepi jalan. Mereka dalam keadaan siapa siaga dan seperti ada sesuatu yang berlaku.

Kerana mengsyaki sesuatu saya bersama Pak Abu, dua orang rakan lain berhenti untuk meninjau dari dekat apa yang berlaku sebenarnya.

Sangkaan kami benar, ada sedikit kekecohan berlaku antara penyokong dan pekerja pilihan raya Pas dan UBN.

Jumlah penyokong dan pekerja Pas ketika itu kira-kira 100 orang. Semua mereka terdiri daripada anak-anak muda dan mereka adalah orang-orang tempatan Bukit Gantang.
Menurut maklumat kekecohan itu berlaku apabila pekerja UBN tidak menghormati "persetujuan" berhubung pemasangan poster dan banner di sekitar kawasan itu yang telah dibuat sebelum ini.

Katanya pihak Pas tidak membenarkan poster atau banner UBN ditampal di kawasan itu. Ianya boleh dibenarkan sekiranya orang UBN tempatan sendiri yang akan melakukannya. Mereka melarang mana-mana orang luar untuk menampal poster di situ. Larangan itu bukan saja kepada pekerja luar UBN saja, tetapi pekerja luar Pas juga.

Persetujuan itu telah dibuat di hadapan pihak berkuasa di situ dan kedua pihak akan mematuhinya.

Tetapi 'perjanjian' itu cuba dinodai pada malam itu. Penyokong sudah mendapat tahu yang ada pihak luar dipanggil untuk pasang poster di situ. Gara-gara itu para penyokong Pas bersiap sedia untuk menghalanginya berdasarkan kepada pesetujuan dibuat itu.

Sekumpulan para penyokong UBN juga terdiri dari orang tempat berada di tempat itu yang dijarakkan kira-kira 100 meter sahaja. Kedua pihak kelihatan dalam keadaan tegang dan siap sedia untuk bertindak antara satu sama lain.

Jam 1:10 malam sebuah lori membawa bendera UBN memasuki ke kawasan itu dan diletakkan berhampiran simpang berkenaan. Kedatangan lori itu sudah ditunggui dan tidak menyenangkan para penyokong Pas menyebabkan mereka terus menyerbunya.

Mulanya mereka melarang dari jauh tetapi setelah mendapati pekerja dari atas lori itu enggan berbuat demikian menyebabkan mereka menyerbu sambil melaungkan meminta supaya lori itu dibawa keluar dari kawasan itu kalau tidak mahu ianya diapa-apakan.Jumlah para penyokong Pas juga bertambah dalam sekelip mata saja.

Setelah lori itu berdegil dan cuba mempertahankan untuk memasang bener menyebabkan penyokong Pas naik bereng. Ketika ini kekecohan berlaku di mana berlaku tolak menolak. Kekeras juga mula digunakan di mana ada yang menepuk lori dengan tangan dan mengancam untuk bertindak ke atas lori berkenaan.

"Siapa yang bertanggungjawab dan suruh kamu bawa bendera ini. Mana, tujuk kamu dari mana??" kata seorang penyokong Pas dan diikuti oleh beberapa yang lain. Keadaan sudah mula panas apabila mereka menyedari lori dan pekerja berkenaan datang dari Gerik.

Pekerja UBN itu tidak berbuat apa-apa dan mereka panik dengan apa yang berlaku. Kira-kira 50 orang pekejera UBN yang ada di situ juga tidak apat berbuat apa-apa kerana bilangan penyokong Pas semakin bertambah.

Melihat keadana sudah seperti tidak dapat dikawal dan kemarahan sudah membuak akhirnya lori berkenaan berundur. Sebaik lori itu berundur penyokong Pas bersorak dan takbir.
Ketika ketegangan ini berlaku terdapat tiga buah kereta trafik polis berhampiran tempat kejadian itu. Beberapa anggota FRU dan dua buah land rover juga ada di situ. Lebih 20 SB juga turut sama berada di situ.

Apa yang agak menghairankan polis seakan tidak bertindak segera dan seperti mahu memerhati saja apa yang berlaku. Cuma salah seorang anggota polis sibuk cuba menenangkan keadaan. Dua toiga orang anggota FRU yang berada di atas land rover pula diminta turun setelah suasana susah hampir tenang.

Selepas lebih setengah jam keadaan tegang itu berakhir. Selepas keadaan tenang saya meninggalkan tmpat itu untuk mencari makan.

Jam :45 selepas memakan dibatu 10, kelihatan beberapa buah trak FRU siap dengan bunyi siren menghala ke arah tempat kejadian. Lebih lima buah trak yang padat dengan anggota FRU sempat dilihat menghala ke tempat kejadian itu dengan diikuti beberapa buah kereta polis. Sebelum sempat menghabiskan makanan yang dipesan saya, Pak Abu dan dua rakan bergegas semula ke tempat kejadian.

Di simpang Kepala Bukit, Batu 8 itu keadaan sudah jam. Trak FRU dan kereta polis memenuhi di sepanjang jalan. Keadaan tidak ubah seperti dalam kecemasan. Anggota FRU dianggarkan 150 orang sudah siap sedia untuk bertindak. Kereta yang menghalang dari Batu 10 ke batu 8 di arah berputar balik.

Rupanya selepas saya meninggalkan tempat tadi, meletus semua kekecohan yang menyebabkan FRU dipanggil ke situ. Kekecohan kali ini berlaku apabila penyokong Pas menyedari ada pihak tertentu telah memasang banner menghina Pas yang tertulis "Rukun Islam dan Rukun Iman Pas".

Banner menghina Pas ini dipasang selepas kekecohan selesai. Pemasangan disedari oleh kumpulan pekerja dan penyokong Pas tadi menyebabkan mereka meminta ianya diturunkan.

Kesemua banner itu yang dipasang diturun dan disimpan semula oleh pihak UBN. Kedatangan FRU menyebabkan timbul rasa cemas. Para penyokong Pas yang berkerja dari luar yang bertugas di beberapa pos berhampiran nampak seakan terkejut dan menanti tindakan FRU setrusnya. Ada yang sudah bersiap sedia untuk melihat FRU bertindak ganas.

Beberapa ketika keadaan penuh suspen dan menjaditanda tanya. Para petugas Pas kelihatan berbincang dengan pihak polis. Syukur Alhamdulilah kira-kira sejam FRU yang sudah siap sedia dengan perisai dan cotal di arah kembali ke kem mereka semula untuk tidur sebelum digerakan lagi.

Ketika ini juga Ketau Pemuda Pas Perak, Azli datang menenangkan keadaan dengan meminta orang ramai bertenang dan bersurai.





kalau versi ummi pulak..ummi ada pertemuan dengan blogger malam tu..disebabkan ummi tak bawak kereta ke Bukit Gantang maka tugas geng blogger ambik ummi di kediaman ummi di Trong...tapi sebelum sampai di simpang Changkat Ibol dari jauh dah nampak barisan FRU dan kenderaan2 FRU dah berderet di simpang..

apa lagi..ummi bab2 kecoh2 ni bekenan la sangat..ummi turun dan berjalan kaki menghala ke tempat kecoh tu ...sambil jalan duk tanya juga hamba2 Allah yang ada sama menyaksikan kekecohan tu..'kak apa kesnya ni kak..?'.'ntah la..tak tau pulak..' sempat uga tanya beberapa orang di situ.. masing2 kata tak tau..ummi ambik keputusan baik tanya orang2 yang di bilik gerakan unit amal tu..ummi jumpa 3 pemuda dan depa ceritakan hal yang sama dengan apa yg diceritakan oleh MSO kat atas...dah dapat cerita..kereta pun dah dapat gerak maka ummi pun masuk kereta jalan...

betul kita boleh menggantung poster mana2 yang kita suka..tapi kena hormati perjanjian yang dah dibuat..utamakan orang tempatan..ni yang mai dari luar pulak nak tunjuk belang..jangan cuba2 curah minyak petrol wehh..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil