Followers

Saturday, April 25, 2009

tok mufti tolonglah tegas sikit..!!

[fatwa_sureheboh1.jpg][fatwa_sureheboh2.jpg]

hari ini di Lumut cukup meriah dengan Jom Heboh...tapi ada juga yang merungut tahap ke'halal'an Jom Heboh ni...kalau tengok keratan akhbar di atas dengan nyata Tok Mufti mengatakan 'HARAM'...tapi tok mufti cuma kata 'KONSERT' yang haram...aktiviti lain macam ekspo2 'TAK HARAM'...pastu tok mufti kata 'SURE HEBOH' yang haram..'JOM HEBOH' tak haram ler...

ummi bukan nak sokong 'JOM HEBOH' ni...yang kita paham Jom Heboh ni gandingan EKSPO dan HIBURAN...yang tok mufti bantah yang hat 'HIBURAN' tu...maka kita tak boleh la bantai alim ulama' hentam kromo aje...apa kita nak cakap dah orang atas TV3 tu jenih AMMAR MA'RUF..AMMAR MUNGKAR..ni la jadinya...ummi tak berapa sedap hati juga bila alim ulama' kita dihentam..cuma kita mintak kalau nak buat EKSPO boleh tang 'HIBURAN' tak usah diadakan...

disini kita mengharapkan jasa dan kuasa tok mufti menegur dan menegah si Zambry tu dari membawa rakyat Perak ni kepada kerosakkan seperti yang telah disebut tok mufti kita....semasa kerajaan PR memerintah sure heboh ke.. jom heboh ke.. tak ada tempat di Perak ni..sebab PR dengar cakap tok mufti..sekarang Zambry izinkan jom heboh diadakan..ini menunjukkan zambry dah ingkar fatwa yang dah tok mufti buat..takkan tok mufti nak diamkan aja...tegur2 la si Zambry tu tok mufti..dia dah tak hormat dengan tok mufti...dah tak mau dengar cakap orang yang arif tentang ugama...tak tau la dia dengar cakap siapa..siap yang sedang menunggang si Zambry ni..? check2 sat...

selepas kemenangan..kenduri...selepas kenduri..???

2 hari lepas.. Kak Mizan ketua HalWa perak call ummi...tapi mintak mahap le..tepon teman kat dalam toto terselitnya...itupun bila Kak Leha tinggal pesan kat chatbox ummi..baru teman perasan...5 missedcall..hehehe ampun..pepagi teman kurang berkepit dengan henpon...ummi call Kak Leha apa ke hey nya macam dikejor SB je gayanya...

"hang pi mana la..Kak Mizan cari hang..kali ni hang buh henpon dalan bekas beras ka..??"

"hehe...henpon duk dalam toto la Kak Leha..awatnya..?"

"hang pi call Kak Mizan..tak tau dia nak apa.."

"orait..saya call dia "

berdebor gak bila Ketua HalWa Perak cari...mana tau ummi tersilap tulis ke kat blog ni pasal makan malam aritu...cuak gak..

"assalamualaikum Kak Mizan..ummi anni ni.."

"waalaikumsalam...laa...pagi2 hang pegi mana Kak Mizan call tak jawab..?"

"maaf le..henpon tersorok dalam toto..he he he"

"nape Kak Mizan..ada apa2 yang boleh saya tolong ke..?"

"gini..ummi boleh ke tulis kat blog pasal Bukit Gantang lepas kemenangan ni..Kak Mizan bila duk sorang2 ni macam2 yang Kak Mizan pikirkan...nak nulih blog akak tak reti..cakap akak pandai le.."

"Kak Mizan nak saya tulis apa..? "

"ko tau ummi..lepas kita menang kat Bukit Gantang ni akak lemas la dengan suasana kat sini..hari2 kenduri...sampai akak tak larat nak layan dah..bukan la akak tak suka depa buat kenduri tapi cukup la dah...ni kawasan buat kenduri..lepas tu MTD pulak buat kenduri..dah tu cawangan2 pulak buat...bagi akak setakat Kawasan dan MTD buat kenduri pun dah memadai la....sumbangan2 yang orang ramai bagi tu simpan dijadikan dana....mana tau DUN Perak dibubar sekurang2nya terisi juga dana kita...."

"betol..betol..betol...bila PRK berlaku banyak duit kita guna..sekarang masa untuk isi balik dana yang dah keluar.."

"bukan akak melarang orang nak buat kenduri kesyukuran...tapi kalau setakat makan ..kenyang pastu balik....apa salahnya bila kita buat kenduri..kenduri yang bermatlamat.."

"kenduri bermatlamat..? camne tu..?"

"sekarang orang dah mula buka mata pada Pakatan Rakyat..kenapa kita tak menafaatkan kenduri tu untuk menambah ahli...sambil makan2..kita bukak meja untuk mengisi borang ahli..tak kira PAS ke..PKR ke..DAP ke...ni datang makan..gosip2..pastu balik.."

"dah dekat 3 minggu kita menang...takkan tak puas lagi kenduri..seminggu cukupla..sekarang sepatutnya kita dah mula berkerja...ni sampai mesyuarat agung cawangan pun tak buat asik duk kira nak buat kenduri..."

"uikk...takkan sampai gitu kot,kak..."

"betol ummi... apa peranan kita untuk mengekalkan dan menjaga kemenangan ini...?takkan kita nak harap Hj Nizar sorang kot...ibarat kita telah dikurniakan sebidang tanah untuk diusahakan..kena la pakat sama2 gotong royong mengusahakan tanah tu..dan kita takmau usahakan tanah tu cara lama..kita kena guna kaedah baru untuk membuatkan tanah yang kita dapat tu memberi pulangan yang lumayan,cepat dan berpanjangan....kalau sorang dua yang usahakan lambat la baru dapat hasil dan tak hairan lambat laun tanah tu hanya akan ditumbuhi lalang akhirnya terbiar...tau2 orang lain pulak ambik alih tanah kita..masa tu kita nak kecoh pun tak guna.."

"abih tu kita kena mulakan dari mana..?"

"yang Kak Mizan nampak ada 3 perkara yang perlu kita ambik berat...pertama menjaga kemenangan yang macam akak cakap tadi...PAS Kawasan..Ulama..Pemuda dan Muslimat..Nisa' pun sama kena mula berkerja..bukan masanya kita nak honeymoon dengan kenduri kendara lagi...DUN Perak bila2 masa akan dibubar...daftar pemilih kita dah kena mula bukak dan semak...untuk yang belum berdaftar...kita usahakan untuk mereka pi mendaftar.."

"kedua sumber tenaga manusia...kita perlu ramai tenaga petugas..ini bila dipanggil program asik2 muka 2 3 kerat tu la..masalahnya sekarang pemuda takmau bagi zaujah depa keluar..alasan takut kena mark dengan orang atas...terikat aku janji la..kalau tak boleh duk kat anjung duk kat dapor pun jadi la...ni yang lebih menghairankan yang takde akujanji pulak lebih2 tak mau tunjuk muka...datang bila ada pilihanraya..kadang tak tau pun itu zaujah pimpinan kawasan...jumpa kat pasar malam selalu..tapi tang program tak penah nampak..pastu bila orang buat kerja depa pandai komplen aja..itu tak betul..ini tak sesuai..cakap boleh la..suruh buat semua pakat duk bucu.."

"depa bagi komitmen cara lain la tu..tenaga tak dapat nak sumbang..kot depa boleh sumbang dari handbag depa..."

"haa..yang tu kita memang perlukan sekarang...DANA...dana ni bukan setakat nak pilihanraya aje baru nak kutip...sepatutnya sepanjang masa...kenduri bagi akak dah cukup la tu...kalau ada yang beri sumbangan jadikan ia dana untuk parti...sekarang dana penting untuk menggerakkan parti..takkan time tu nak buang tut..tut..time tu baru nak buat jamban... berterabor nanti..."

"Kak Mizan ni tengah marah ke..? "

"bukan marah..geram aje..selalu masalah kita ni la..bukan akak tak paham masalah muslimat kita yang berkerjaya..tapi sekurang2nya mereka banyak kebolehan..ilmu depa tinggi boleh la sumbang sikit kat muslimat yang kurang ilmu...sumbangkan idea pada muslimat ni..yang akak nampak muslimat yang menjadi surirumah sepenuh masa yang dapat beri komitmen pada jemaah..tapi depa kurang ilmu dan idea..jadi nampak disitu antara kita perlu memerlukan...tapi ummi tulis kat blog..rayu pada suami2 mereka untuk beri keizinan untuk menginfakkan tenaga dan buah fikiran zaujah depa untuk memantapkan jentera muslimat..berikan semangat kat zaujah mereka untuk bersama2 muslimat.."

"depa bukan apa Kak Mizan..depa kata kalau zaujah depa aktif sangat takut keluarga depa nanti terabai..rumahtangga tak terurus.."

"habis akak ni takde rumahtangga ke..hang yang ke hulu ke hilir tu takde keluarga ke nak jaga...muslimat lain takde keluarga ke..? pimpinan muslimat kita takde rumahtangga ke..? di sinilah ujian pada rumahtangga kita...persefahaman dan tolak ansur dalam rumahtangga itu perlu...sumbangan untuk jemaah juga perlu..kita bukan nak rampas zaujah2 mereka...cuma pinjam aje..kerja dalam jemaah mana cukup sorang berdua...bila ramai kerja jadi ringan la sikit.."

uikk...jadi pakar motivasi rumah tangga boleh akak aku sorang ni...

"betol..betol..betol...dah habis ka luahan hati Kak Mizan..geram tu dah kurang ke..? " bukan apa..telinga dah hangat pasal henpon melekap kat telinga lama sangat..

"selagi depa tak bermuhasabah sesama jemaah...tak ada nak berubah..selagi tu Kak Mizan takleh hilang geram ni...hang tanya depa apa peranan depa nak mengekalkan kemenangan yang kita dapat ni...cukup ke dengan kenduri saja..? usahanya mana..? dekat 3 minggu dah ni..Kawasan.. Pemuda... Ulama..Muslimat...jangan nak tido lepas menang ni...Kak Mizan sebagai Ketua HalWa Perak nak seru pada semua muslimat Perak..bukan setakat kat Bukit Gantang aje..nak menang kena usaha..suami2 tolong beri izin dan beri semangat serta sokongan kat zaujah depa..."

"saya rasakan..mana2 kawasan pun masalahnya sama..tempat saya pun camtu jugak..tapi bukan semua yang takmau sokong zaujah depa keluar...tapi ada la segelintir la...tak tau la apa alasan depa..yang boleh beri komitmen pun yang hat dah sakit lutut..yang ada darah tinggi...kencing manis..yang remaja banyak yang pi keluar sambung blajar..yang muda terikat dengan kerja...makanya muka yang 2 3 kerat ni juga la yang keluar...orang pun dah jemu tengok kita..hehehe"

"kalau boleh biar la sejarah lama berulang kembali lahir dari sebelah sini...kita tau dulu Semanggol hebat dengan kebangkitan jemaah Islam sehingga timbul jolokkan 'Bahaya Dari Gunung'..kita nak mengimbau kembali tokoh2 hebat yang lahir dari Bukit Gantang kepada generasi sekarang...kalau kita nak nilaikan sebesar manakah sumbangan kita terhadap kemenangan di PRK yang lepas...sekarang misinya adalah untuk mengekalkan kemenangan ini...Kak Mizan mengharap sangat la kita dapat mula dari sekarang..hang tolong tuliskan dalam blog hang..akak nak tulis blog tak reti...bercakap akak pandai la.. "

"InsyaAllah...nanti saya tulis luahan hati Kak Mizan tu..."

"lagi satu..sekarang bukan masanya kita nak usik orang yang dah lemah...la ni depa lemah.. kita kena perkuatkan diri la..udah2 le kenduri tu..mulakan kerja sekarang...oklah cukup la takat tu dulu...nanti kalau ada yang buat Kak Mizan geram..akak call ummi lagi ye..."

"hehe ok jek..henpon sentiasa on untuk Kak Mizan..."

"on pun tapi tak hang sorok bawah tilam apa guna...jenuh orang call hang tak angkat."

"hehe tu terlupa nak buh atas meja..hehe"

"ok..Assalamualaikum.."

"waaliakumussalam.."

tu la perbualan ummi dengan Kak Mizan Ketua HalWa Perak yang bertungkus lumus semasa PRK Bukit Gantang lepas...tekanan dari macam2 pihak dia terima..selalu dia akan balik bermain dengan cucu dia untuk mengurangkan tekanan...ummi doakan semoga Kak Mizan jaga kesihatan..kerana kami masih memerlukan Kak Mizan untuk memimpin kami dalam kerja2 jemaah..terutama muslimat...pada para Muslimat dan Nisa'...sekarang lah masanya untuk kita meneruskan kerja dakwah dan berkhidmat kepada pengundi yang telah memberi mandat kepada PAS untuk membela nasib mereka...sambunglah konsep 3M yang dibawa semasa PRK lepas...Menerang..Menwan dan Memujuk...

wallahualam..

hajat nak pakai baju dari bendera PAS tak kesampaian...Al-Fatihah ...


Muhammad Shaiful (7 tahun), Muhammad Amirul (4 tahun) dan Muhammad Yusof (2 tahun) meninggal dunia dalam kebakaran kediaman mereka di kampung Sungai Rotan, Batu Hampar tengahari kelmarin. Ibubapa 3 beradik itu ialah pasangan suami isteri, Nordin bin Md Noor dan Mah bt Abdullah yang mendiami rumah pekerja kuari pasir di kampung ini. Ketika kebakaran, pasangan suami isteri tersebut sedang mencuci pakaian di sungai yang agak jauh dari kediaman mereka.

Bapa kanak-kanak tersebut, Nordin Md Noor redha dengan ketentuan ajal anak-anaknya namun amat pilu mengenangkan hajat anak sulungnya (Muhammad Shaiful) untuk mendapat sehelai baju yang dibuat daripada bendera PAS tidak sempat ditunaikan.

"Pagi tadi Shaiful minta saya dapatkan sehelai bendera PAS untuk dibuat baju. Saya dah bersetuju dan telah pun dapat sehelai bendera. Ingatkan petang tadi atau besok bolehlah dijahit baju untuk Shaiful. Tapi Allah lebih sayangkan Shaiful dan adik-adiknya. Tak sempat Shaiful dapat baju bendera PAS. Saya percaya Shaiful akan dapat pakaian yang lebih indah dalam syurga," kata Nordin dengan linangan air mata.

Menurut ibu kepada 3 beradik itu, dia dan suaminya mengunci rumah sebelum pergi ke sungai untuk mengelakkan anak-anaknya bermain di tepi lombong berdekatan rumah. Ketika itu anak bongsu mereka (Muhammad Yusof) sedang tidur dalam buaian dan diawasi oleh Muhammad Shaiful yang sudah biasa dengan rutin itu. Muhammad Shaiful ialah murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan Batu Hampar, Beruas.

"Itulah saja anak kami. Tiga orang saja. Hari ini kami tak ada anak lagi dah," kata Mah Abdullah dengan sayu.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin datang menziarahi keluarga kanak-kanak tersebut pada pukul 6.15 petang dan kemudiannya terus ke Hospital Taiping kerana jenazah 3 beradik itu masih menjalani post-mortem di sana. Jenazah dimandikan dan dikafankan di hospital.

Solat Jenazah dipimpin oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang bersama kira-kira 100 orang yang hadir di Masjid Kg. Batu 26. Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Gantang dan Kawasan Beruas.


Sementara itu Ketua Bilik Gerakan MTD Trong, saudara Zainon memberitahu bahawa bapa kanak-kanak tersebut (Nordin Md Noor) adalah petugas Pakatan Rakyat yang amat dedikasi sepanjang tempoh menjelang pilihanraya kecil Bukit Gantang baru-baru ini. Nordin menyewa rumah kecil milik kuari pasir di Kampung Sungai Rotan dengan kadar sewa RM40 sebulan. Sebelum rampasan kuasa negeri Perak, keluarga Nordin telah dipilih untuk menduduki tanah kerajaan di tepi jalan besar Kg. Batu 26. Malangnya urusan itu terhenti selepas rampasan kuasa. Kerajaan rampasan kuasa kemudiannnya berura-ura menempatkan keluarga Nordin di kawasan penempatan berhampiran Kg. Padang Gajah tetapi ura-ura itu dibatalkan apabila Nordin aktif berperanan sebagai petugas Pakatan Rakyat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Trong telah pun mengenalpasti tapak untuk dibina kediaman baru bagi pasangan suami isteri itu di kampung Batu Hampar sebelum kejadian hari ini. Berikutan tragedi hari ini, Pusat Khidmat telah menyediakan sebuah rumah sementara untuk didiami oleh pasangan suami isteri itu. Kos sewaan rumah itu dibiayai sepenuhnya oleh Pusat Khidmat. Pembinaan rumah baru yang dirancang oleh Pusat Khidmat sebelum ini juga akan disegerakan.

Sehubungan dengan itu Pusat Khidmat Masyarakat DUN Trong merayu sumbangan kewangan daripada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin supaya pembinaan kediaman baru Nordin dan Mah dapat disempurnakan dengan segera.

Sumbangan boleh dihulurkan ke Akaun Bank Islam, nombor akaun 08040010034554 atas nama PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN TRONG.


Al-Fatihah buat mangsa dan salam takziah dari kami...

Friday, April 24, 2009

PR kena bersedia dengan serangan ganas UBN...

Pengerusi perhubungan Umno negeri

PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah

PULAU PINANG:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman

PERAK:
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan:
Ahmad Husni Hanadzlah

SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

MELAKA:
Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad

PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan:
Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said

KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Awang Adek Hussin

SABAH:
Datuk Seri Musa Aman
Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak

Tan Sri Muhammad Muhd Taib digugurkan daripada pengerusi perhubungan Selangor dan juga ketua penerangan Umno Malaysia.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan - sebuah lagi negeri yang dikuasai Pakatan dalam pilihanraya umum 2008.

Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mengetuai badan perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengepalai Umno Pulau Pinang, melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi Perak.

tok iskandar lak berkata...

Rombakan kecil ketua perhubungan umno negeri taklah memeranjatkan.Apapun PR kena sentiasa waspada pasal najib sekarang dah takeover umno selangor.dulu masa dia jadi chief umno perak,tumbang kerajaan PR Perak.

Apakah akan ada usaha untuk memancing adun PKR melompat parti selepas ni.Mungkin juga media akan memainkan isu perselisihan PAS dan PKR.Ada juga yang meneka kes rasuah Tan Sri Khalid akan dibawa oleh SPRM ke mahkamah.

Mungkin juga pergolakan yang berlaku di terengganu sekadar rekaan semata-mata untuk mengaburi PR,tindakan sebenar najib untuk merampas Selangor.

sedang PRK Penanti belum pasti,sudah tiba masa PR mengukuhkan cengkamannya dan berusaha mendekati rakyat.

Mulai sekarang PR kena jaga tok wakil mereka dan peristiwa yang berlaku di Perak perlu dijadikan iktibar dan tidak seharusnya berulang lagi


jaga2...berhati2...jangan biarkan pisang berbuah 2 kali....bersiaplah jangan leka walaupun sesaat...

Thursday, April 23, 2009

hak 30% keistimewaan melayu dimansuhkan..dimana pembela ketuanan melayu...?? mana kalian..??

Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. Klik disini.

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman dinegeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

1) Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?

2) Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?

3) Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?

4) Dimanakah Perwaris?

Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

Amin Iskandar

mana depa ni...nyorok kat bawah tikor ke...balik tiang seri ke...dalam gobok baju ke...jap nak skodeng kemana mereka pergi membawa diri...


Wednesday, April 22, 2009

Jasa2 Zambry al-kudeta...



Baru saja 2 bulan Zambry merampas oppss memerintah Perak..kita telah melihat banyak jasa2 yang telah dibuat beliau untuk rakyat Perak...

  1. baru saja masuk pejabat Menteri Besar langkah pertama tukar karpet dan lain-lain asesori....maka berwajah barulah pejabat MB sekarang ini..bertambah ceria dan berseri...
  2. Pecat semua ketua kampung pilihan rakyat... Ketua kampung pilihan rakyat ini dilantik atas kehendak Raja Muda...idok ke menderhaka namaya tu..? ehh..itu bukan derhaka itu mengembalikan hak rakyat...
  3. Zambry yang berjiwa rakyat menjamu rakyat dengan 'Sure Heboh' untuk menghiburkan rakyat jelata...direstukan pula oleh Tok Mufti..satu gandingan yang mantop...betul2 Zamby dan Tok Mufti memahami kehendak rakyat...
  4. Menjimatkan wang rakyat dengan melelong Camry yang masih dalam jaminan 3 tahun..kerana beliau nak guna semula Perdana V6...alangkah mulianya Zambry ini... sehingga mendapat anugerah dari Sultan Perak dengan gelaran Dato' Seri...bayangkan baru 2 bulan merampas oppsss memerintah dah dapat anugerah..korang ADUN PR memerintah Perak 10 bulan dapat apa..tu laa jasa korang tak setara dengan Zambry and the gang...tu pasal tak dapat apa2...
lihatlah..betapa banyak sumbangan yang dah dibuat kepada rakyat Perak..dalam masa 2 bulan..banyak 'penjimatan' wang rakyat telah dilakukan oleh Zambry...

JASAMU AKAN DIKENANG..!!

Tuesday, April 21, 2009

Waran Tangkap Ke Atas Mohd Sabu Dibatalkan

ahkamah Majistret Jawi Seberang Perai Selatan Pulau Pinang membatalkan waran tangkap ke atas Naib Presiden PAS, Hj Mohammad Sabu bersama sembilan yang lain pagi ini.

Majistret Nor Ashikin Mokhtar membatalkan waran tanpkap itu setelah berpuashati penjelasan daripada peguambela selain dari kehadiran Mohd Sabu dan sembilan yang lain di mahkamah pagi tadi.

Semalam Mahkamah Majistert Jawi mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan sembilan pengikutnya kerana gagal menghadiri perbicaraan hari ini berhubung tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas tahun lalu.

Mohamad Sabu, 53, dan sembilan penyokongnya Zamarul Aini Abdul Malek, 37; Zainal Azrun Zainal Abidin, 35; Abdul Rahim Mat Ariff, 58; Md Lazim Osman, 50; Mohd Biyamin Ishak, 44; Fauzi Saharat, 44; Abdul Razak Ramli, 42; Mohd Subri Mohd Said, 42; dan Mohamad Salleh, 47; didakwa menghalang Supt Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap pemimpin PAS itu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran plaza tol Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan pada kira-kira pukul 7.45 malam, 9 Disember 2007

sumber kelab greenboc

mesti ramai yang kuciwa dengan berita ini...lagi pada mereka yang begitau ghairah menyorak pada Abg Mat sabu bila waran tangkap untuk beliau dikeluarkan...ingat senang2 ke nak tangkap Abg Mat..kalau ditangkap pun tak heran..masuk ISA je dah bape kali..ini kicik punya hal lah...senang saja mau kasi setel...

ala... keputusan mahkamah umpama Zambry dapat hadiah saguhati aje......

Mohamed Hanipa Maidin

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:

"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."

(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)

b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).

Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.

Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?

Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.

JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.

Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"

Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.

Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).

Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.

Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.

Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.

Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.

Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:

"The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts."

(Keputusan Mahkamah tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)

Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa?apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.

Nota: Hanipa Maidin ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat dan ahli panel penasihat undang-undang, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Monday, April 20, 2009

Pelancaran Buku RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK - DURJANA UMNO-BN



Buku RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK - DURJANA UMNO-BN dilancarkan dengan resminya oleh Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin di majlis Ceramah Perdana sempena Jamuan Kesyukuran Rakyat malam tadi.

Buku ini disusun oleh BloggersNetwork@Perak dan diterbitkan oleh Sekretariat Menangani Kemelut Politik Perak bersama Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Berikut ialah Kata Pengantar oleh YAB DS Nizar Jamaluddin;

BismiLlahirRahmanirRahim

Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.

Saya bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas anugerahNya kepada saya dan seluruh pendukung perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini, khususnya di negeri Perak. Kita diuji dengan cabaran kejahatan dan kezaliman yang dahsyat. UMNO-Barisan Nasional meneruskan jatidiri songsang yang telah sebati dengan jiwa dan budaya mereka, demi agenda kuasa dan rompakan harta negara. Kita tidak sayugia membiarkan kezaliman mereka terus bermaharajalela.

Mudah-mudahan Allah SWT terus menganugerahkan kekuatan kepada kita semua.

Krisis perundangan, perlembagaan dan politik yang dicetuskan oleh UMNO-BN di negeri Perak merupakan lanjutan daripada rentetan pencabulan yang tergamak dilakukan oleh UMNO terhadap Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan yang menjadi Prinsip Rukun Negara.

Mereka menyalahgunakan ketiga-tiga cabang kuasa negara iaitu Legislative, Executive dan Judiciary untuk mempertahankan langkah sumbang dan amalan jijik yang dilakukan. Aliran maklumat dikekang supaya rakyat dapat terus ditipu. Mereka mengongkong media perdana elektronik dan cetak secara memutar belit fakta demi menghalalkan tindakan haram yang mereka lakukan.

UMNO menjayakan misi rampasan kuasa ini dengan segala macam tindakan yang haram disisi agama Islam. Mereka mengumpan rasuah wang dan seks, mengugut, menculik serta menipu Raja dan rakyat. Prinsip keadilan Islam telah dicabul dengan pemaksaan yang kotor terhadap institusi awam termasuk SPRM, SPR dan polis.

Tragedi yang berlaku di Perak adalah rompakan kuasa. Ia bukan peralihan kuasa yang biasa. Perlembagaan negara dan negeri telah dikoyak oleh UMNO-BN. Prinsip keadilan sejagat tidak mengizinkan rompakan ini. Seluruh masyarakat di dunia sedang mentertawakan amalan politik di negara kita akibat kegelojohan dan haloba UMNO-BN.

Kita wajib bangkit memperbetulkan keadaan. Tanahair tercinta ini perlu diselamatkan daripada perosak agama, bangsa dan kemanusiaan. Rakyat perlu difahamkan tentang krisis ini dengan maklumat yang benar secara berfakta. Mudah-mudahan fitnah rekaan UMNO-BN dapat ditangkis dan dikuburkan.

Saya amat menghargai usaha BloggersNetwork@Perak yang bersusah payah mengumpulkan fakta dan analisis berhubung krisis ini untuk tatapan dan penilaian rakyat negeri Perak dan warga Malaysia amnya. Tahniah kepada saudara-saudari MSK, Cyberboron, Topeng Perak, Sya-Reformis, Dugong Darat, Raden Banjar, Amurba, Cenangau, UmmiAnni, ManjungMari dan semua bloggers yang terlibat melahirkan dokumen yang amat bersejarah ini.

Saya doakan agar Allah SWT menganugerahkan ganjaran berlipat ganda kepada semua bloggers yang menghasilkan koleksi maklumat ini.


.........................................................
Mohammad Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan


____belian online di blog albanjari____

sumber ciberboron

Sunday, April 19, 2009

Buku krisis politik di Perak oleh BloggersNetwork pertama dilancarkan DS Nizar....

Buku Politik pertama yang berjaya dihasilkan oleh kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak selamat dilancarkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar malam tadi. Buku yang mengupas secara terperinci episod rampasan kuasa di Perak ini wajar dimiliki oleh setiap pelayar yang mendokong keadilan. Lebih 500 unit telah terjual malam ini sahaja. Edisi Jualan online terhad kepada 200 buah.

Jualan buku seumpama pisang goreng panas di tapak ceramah malam tadi !

Serbuan peminat buku ke gerai Urusetia sebaik sahaja DS Nizar melancarkan dengan rasmi buku 'berhantu' itu. Edisi Terhad beb...!!

Buku yang bertajuk Rampasan Kuasa Negeri Perak yang mengandungi 156 muka surat ini mesti dimiliki. Sinopsis buku ini akan dikeluarkan pada posting wak esok. Nanti yaa !!!

Buku yang dijual pada kadar harga RM15 ringgit sebuah tidak termasuk belanja pos, mula dijual di kawasan tapak ceramah malam tadi dimana sambutan hebat telah diberikan oleh pembeli khususnya. Edisi cetak sulung ini hanya terhad kepada 1 ribu buah sahaja. Kepada mereka yang berminat sila emailkan kepada MSK atau al-Banjari. Harga jualan secara on-line akan diputuskan (termasuk belanja penghantaran didalam Malaysia sahaja ) paling lewat esok. Dapatkan segera, buku ini tidak dijual di pasaran terbuka. Tempahan dibuka sekarang !

sumber al-banjari

Pokok Demokrasi dipagari pokok kecil....

[P4190001-1.JPG]

[P4190010.JPG]

[P4190011.JPG]

[P4190009.JPG]

[P4190006.JPG]

Kira-kira jam 9.30 pagi teman dikejutk dengan panggilan telefon yang menyatakan pihak DBI sedang buat kerja di pokok demokrasi kita. Teman bergegas bangun dan bersiap untuk ke lokasi...

Setiba teman di lokasi kelihatan terdapat satu lori DBI sedang menurunkan pokok ficus (kalau tak silap teman) di bawah pokok demokrasi kita tu...

Rupernya dah ada sesi menanam pokok ficus disekiling tapak pokok demokrasi perak ini sebelum ini. Pokok yang ditanam sebelum ini kelihatan hampir layu dan nak mati...Terdapat beberapa kelibat orang awam yang melihat pekerja-pekerja DBI ini menanam pokok tersebut sambil menggelengkan kepala...Mereka ini tidak mempedulikan keadaan sekeliling lagi lalu terus-terusan menanam pokok untuk memenuhi kawasan keliling pokok demokrasi tersebut...

Teman sempat bertanya kepada pekerja DBI yang bertugas ketika itu, beliau berkata, beliau pun tidak tahu sebab apa mereka dikerahkan untuk menanam pokok disitu... mereka hanya menerima arahan untuk tanam pokok tersebut disitu...

baca seterusnya di sini -->http://anje-online.blogspot.com/2009/04/pokok-demokrasi-dicabul-lagi.html

Majlis makan malam HalWa ...


Pada Jumaat malam Sabtu lepas..Ummi...Kak Leha dan Ana telah dijemput ke satu majlis makan malam anjuran HalWa Perak..."Kak Mizan jemput kita makan2 kat Markaz Air Kuning...dia kata kita wajib hadir..round table kata dia" kata kak leha..WAJIB tu...maka pada petang Jumaat kami berangkat ke Air Kuning bersama Puan Faridah Rajiah isteri ADUN Changkat Jong..kemudian gi Semanggol ambil si Ana pula..

sampai kat markaz macam biasa aje...tamu dah ramai sampai..melangkah saja masuk markaz satu perkataan yang terkeluar dari mulut ummi.."WOW..!!markaz ke dewan hotel..?" siap ada list nama untuk meja mana kita nak duduk..grand betul majlis HalWa ni...

Majlis dinamakan 'Malam Sekalung Budi Bersimpul Kasih'....tetamu yang hadir adalah terdiri dari mereka2 yang bertungkus lumus semasa PRK Bukit Gantang..turut hadir wakil dari PKR...DAP...Kelab Penyokong PAS...MTD dan Kaw.Parlimen Bukit Gantang..

Pengarah Pilihanraya Haji Asmuni Alwi tidak dapat hadir kerna berehat selepas menjalani pembedahan kerana ada batu dalam hempedu..kita sama2 doakan semoga beliau cepat sembuh..

Tengok gambar je lah ye....


Memali dalam kenangan.....

ummi ambik coretan ini dari ruang komen wak banjari..dari seorang pengomen yang tanpa nama..bagi ummi mengimbau sejarah lama adalah perlu untuk tatapan generasi muda..kerana dari yang lama datang yang baru..kerana yang lamalah yang akan membentuk yanag baru...walahualam..


Allahuakhbar x3
OPERASI HAPUS DI MALAYSIA
(NEW FACTS CONCERNING HAPUS OPERATION IN MALAYSIA)


Assalamu 'alaikum,

Saya mengirimkan satu liputan khas mengenai Memali. Ia bersangkutan dengan tragedi Baling dengan harapan anda akan menerbitkannya dan menyibarkannya seluas mungkin. Disebabkan masalah keselamatan saya lebih selesa kekal tanpa nama.

BALING, ialah sebuah daerah di Kedah yang terletak di utara Malaysia. Daerah ini pernah mengalami pelbagai pengalaman tragedi yang dicetuskan oleh Parti Komunis Malaya yang diharamkan itu, walaupun ia menerima sokongan kerajaan Cina yang berpusat di Peking. Apakah satu keanihan, tragedi yang terjadi pada 19hb November, 1985 di Baling itu berlaku ketika Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohammad sedang melakukan satu kunjungan rasmi di China?

Tragedi ini telah mengorbankan empat belas nyawa orang Islam yang mati syahid kerana mereka lebih rela memilih jalan syahadah daripada jalan sekularisme. Orang yang lebih memilih jalan kebenaran daripada akur kepada kekerasan telah turut terkorban nyawanya. Beliaulah al Syahid Ibrahim Mahmud. Latar belakang Al-syahid Ibrahim Mahmud berumur 43 tahun ketika itu dan amat dihormati oleh masyarakat di Kampung Memali, yang termasuk dalam Mukim Siong, Baling. Beliau memang merupakan seorang yang banyak pengalaman dan berpendidikan Islam yang cukup tinggi. Beliau lulus daripada Universiti Al Azhar dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya lagi di India dan Libya. Sebaik pulang ke tanah air, Al Syahid Ibrahim telah berkhidmat sebagai pegawai pendakwa di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri.

Ketika itulah beliau kerap memberikan ceramah agama Islam di Televisyen Malaysia. Ibrahim merasa terganggu dengan sistem pemerintahan negara, lantas berhenti kerja untuk memulakan kelas agama di kampungnya di Memali. Ini diikuti oleh pembukaan sebuah sekolah agama di kampung itu untuk memberikan khidmat yang lebih luas kepada masyarakat Islam. Kerana kesedaran akan adanya konspirasi yang dicetuskan oleh golongan neo-kolonis terhadap ajaran Islam yang benar, Ibrahim Mahmud mengambil langkah untuk menganggotai PAS.

Ibrahim telah menyumbangkan khidmatnya kepada parti politik itu dan memperkenalkan pendekatan universal yang memberikan ruang yang luas kepada parti yang berfahaman sempit menjadi satu pergerakan Islam yang mampu menyatupadukan masyarakat Islam yang sanggup hidup dan mati kerana Islam. Ibrahim telah menyemarakkan semangat jihad dan kepentingan kepimpinan golongan ulama sebagai pra syarat kepada kecemerlangan Islam, kebebasan dan perpaduan. Dia amat yakin bahawa Islam akan menjadi lebih bermakna dalam sebuah negara Republik Islam.

Pada 1978, Ibrahim telah bertanding atas tiket PAS di kawasan Bayu-Baling. Beliau berjaya meraih 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang diraih oleh calon Barisan Nasional. Pada pemilu 1982, Ibrahim tewas kepada calon BN dengan hanya 100 undi. Ibrahim merupakan seorang ayah yang penyayang dan menghormati golongan wanita. Hidupnya sungguh bersahaja. Memang jelas, beliau adalah lambang seorang insan yang bersih kehidupannya di kalangan satu masyarakat tani yang termiskin di Malaysia.

Ibrahim pernah ditawarkan beberapa jawatan penting dalam sebuah parti politik yang bukan Islam seandainya dia sanggup mengenepikan golongan miskin dan melata. Menepati nawaitu hidupnya, beliau telah menolak semua itu yang dianggapnya sebagai syurga dunia kerana dia lebih senang merapati golongan yang mendekati Allah. Kerana itu dia kerap didatangi ancaman hidup beberapa kali yang mahu memerangkapnya dan membunuhnya.

Semua itu dipinggirkannya sahaja sebagai sesuatu yang tidak penting. Selepas pemilu 1982, satu arahan untuk menahan Ibrahim di bawah akta ISA yang menjijikkan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negara. Kesannya telah mengejutkan pihak yang berkuasa. Ribuan penyokong Ibrahim telah menjadikan surat arahan penangkapan itu sebagai secebis kertas yang tidak bermakna apa-apa. Rancangan untuk menangkapnya telah berakhir dengan kematainnya yang diiktiraf sebagai mati syahid bersama 13 orang sahabat dan pengikutnya. Mereka telah mati di tangan segerombolan penembak upahan yang tergolong ke dalam golongan yang suka berpoya-poya.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Al Syahid Ibrahim Mahmud. Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis.

RAHSIA

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Perak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

004: Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikkan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan. Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.

Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yang mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid' daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri.

Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.

Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov.

Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahim.Beliau telah melawat mereka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 (19/11/85) Sekitar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengawasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.

DILEMMA UMNO

Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada bangsanya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan juga 'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetapi kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?

Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.

Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis .Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.

Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.

Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.

Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.

Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjijikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilat tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa.

Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.

Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.

Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.

Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:

"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."
27 hb November, 1985
14 hb Rabi-ul-awal 1406. 1


















translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil