Followers

Saturday, August 15, 2009

TGNA mengaku tersilap guna perkataan...

MACHANG – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menjelaskan beliau bukan bermaksud untuk tidak membantah tindakan sebilangan pemimpin DAP yang menghina Islam seperti mana yang disiarkan di akhbar semalam.

Sebaliknya beliau berkata, beliau telah tersilap menggunakan perkataan ‘tidak salah’ dan perkataan yang sepatutnya dinyatakan ialah ‘tidak pelik’.

“Memang saya kata tidak salah pemimpin DAP menghina Islam. Tetapi maksud saya ialah tindakan pemimpin DAP itu tidak pelik kerana mereka bukan beragama Islam.

“Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud tidak pelik perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Jambatan Konkrit Kampung Kelaweh ke Kuala Sat, di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut juga bertitik tolak daripada sikap umat Islam yang tidak menyebarkan Islam atau berdakwah kepada kaum lain melainkan kaum Melayu sahaja.

“Macam mana mereka nak reti (tahu) mengenai Islam kalau semua orang Islam hanya berdakwah kepada Orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita (orang Islam) untuk berdakwah kepada semua tanpa mengira siapa mereka. Kita perlu rajin berhujah atau bersoal jawab dengan mereka mengenai agama seterusnya menarik minat mereka mendalami Islam,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas persiapan menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas bertekad akan lancarkan kempen besar-besar bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Permatang Pasir walaupun pada bulan Ramadan.

Beliau berkata, Ramadan tidak akan menjejaskan perjuangan Pas malah akan lebih kuat berusaha demi mengembangkan syiar Islam.

Katanya, Bulan Ramadan adalah satu kelebihan dan tidak akan menimbulkan masalah kepada Pas.

“Apa salahnya bulan Ramadan, Perang Badar pun pada bulan Puasa dan Rasulullah telah membuktikannya. Kenapa kita nak takut. Inilah peluang yang patut kita rebut bagi mendapatkan lebih pahala sempena bulan Ramadan .

“Sebab itu Allah menggalakkan kita berpuasa walaupun bukan pada Bulan Ramadhan iaitu setiap dua hari seminggu , Isnin dan Khamis untuk melatih kita sentiasa bersedia dalam apa keadaan sahaja terutamanya dalam memperjuangkan Islam,” katanya.

sumber sinarharian



seperti bidalan..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata badan binasa...begitu juga dengan kenyataan TGNA yang lepas bila tersalah guna perkataan.. nak katakan 'tak pelik' guna 'tak salah'...apa lagi memang salah le jadinya..kenyataan yang menjadi kontrovesi kepada umat Islam...

tapi yang ummi nak highlightkan adalah pengakuan TGNA tersilap tu yang kita puji..dah tersilap ngaku tersilap..ye lah TGNA juga manusia biasa apa nak heran kalau tersilap pun..yang herannya bila dah silap tapi tak nak ngaku silap..egonya tinggi melangit sangat..

teringat dulu arwah atok ummi pesan kat ummi..." kalau nak bercakap pikir dulu..apakah yang mendengar tu paham ke tak cakap kita..sakit hati ke tak bila kita bercakap..jangan ikut sedap kita je ...nanti orang marah..." ini adalah pesanan arwah atok ummi yang sampai sekarang ummi ingat dan ikut..tapi kadang 'TER'lepas gak... peringatan ini untuk ummi dan semua..

Al-Fatihah buat atok ummi...

PRK N11 Permatang Pasir..cabaran hebat untuk BN..

[peta_permatang.jpg]
Pemilih - 20,290 orang - Melayu 72.36%, Cina 25.85%, India 1.63% dan lain-lain 0.16%

Majoriti penduduk adalah Melayu.
Mempunyai 39 saluran mengundi.
Bilangan ahli parti yang berdaftar:

Umno - 5,326
MCA - 298
MIC - 300
Gerakan - 45
Pas - 1,015
PKR - 1,028

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2008:

Ahmad Sahar Shuib (BN) = 5,571
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 11,004
Majoriti = 5,433

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2004:

Datuk Adnan Ramli (BN) = 7,378
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,057
Majoriti = 679

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 1999:

Datuk Ahmad Saad (BN) = 5,236
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,430
Majoriti = 3,194
[sallehman.jpg]
Mohd Salleh Man
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir.


Rohaizat Othman
Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.


hangpa tengok muka Zahid..muka yang bersungguh2 untuk menang... cayou..cayou...!!

BAHANG pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang ditetapkan pada 25 Ogos depan sudah mula dapat dirasai apabila parti bertanding mula memasang bendera parti masing-masing. Gambar ini dirakamkan di Jalan Kubang Semang, pagi tadi. - Foto Rosli Ahmad




PRK kali ini rasanya BN menghadapi cabaran yg cukup hebat... ini kerana krisis dalaman BN yang sudah kucar kacir..gelombang ahli BN yang cuba bertkar haluan sedikit sebanyak telah membuatkan UBN seperti hilang rentak untuk bertarung..

setiap isu yang cuba dihangatkan oleh BN untuk melaga2kan PR selalu terkandas di tengah jalan..setiap agenda yang ditaja sering tidak mendapat balasan yang baik dari orang ramai..demo2 yang dianjur tidak menarik minat orang ramai untuk menyertainya..walaupun dibayar..

untuk PRK ini ummi nak bagitahu warga BN...usah le kome beria bebenor nak lawan PR..pengundi dah set dalam kepala hotak deme.." KAMI TAKMAU BN "... hangpa taburlah intan berlian untuk buat jalan depa...tak mandangnye deme semua tu..buat penat kome jek..dema suka aje apa yang kome bagi..tapi undi deme haramnye deme nak kasi BN dah...serik dah yoep..51 tahun kome merintah takde istimewanye..nyusahkan lagi ada ler...

ingat slogan pengundi sekarang.." KAMI TAKMAU BN !! " kome letak ler loyer ke...mejistret ke..anak raja ke..kalau lambangnye dacing..tak kesior deme tu..

Thursday, August 13, 2009

jual arak denda 5 ribu..minum arak 3 ribu dan 2 tahun penjara...




ummi suka tengok perkembangan yang begini..buat kerja dari banyak cakap...sebenarnya isu arak ni semua sudah maklum hukumnya...pada yang bukan Islam meh kita jelaskan apasal Islam tak kasi jual arak..

Hukum minum arak.....HARAM !!

Hukum jual arak...HARAM !!

Hukum buat arak...HARAM !!

Menghidangkan arak..HARAM !!

Hadiahkan arak...HARAM !!

Kerja tempat arak...HARAM !!

Makan hasil duit arak..HARAM !!


tapi larangan ini untuk orang Islam..yang bukan Islam gabra sangat apasal..ummi sarankan kalau nak jual arak khususkan satu kedai yang hanya jual arak saja..jadi senang nak pantau..agak ada orang Islam jenguk2 dalam kedai kasi halau sama dia...

harap di kawasan lain pun dah boleh dikuatkuasakan larangan ini..dan bagi pemerintah jangan la malu2 nak ikut langkah ini..jangan berdemo kata tak suka arak saja tau..tapi tak mau tolong sama pantau gejala minum arak ni..

zaman sekarang istilah jangan jaga tepi kain orang dah tak boleh pakai..kena sama2 jaga..tapi jangan sampai selak kain orang sudah..itu sudah lebeh..!!

fikir2kan..dan selamat beramal...

Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani...

 

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

 
telah sampai waktunya.. tidak akan lewat sesaat mahupun awal sesaat..
apakah kita masih dalam keadaan lalai dan leka...

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."-Asri Rabbani

siapakah yang sebenarnya hina Islam..??

Bila DAP menghina Islam ramai yang marah...diikuti pulak dengan laporan di Utusan dengan tajuk

DAP boleh hina Islam - Nik Aziz  (betol ke TGNA cakap lagu tuu...? jangan nanti kena saman pulak )

seperti yang TGNA cakap.. 

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam. 

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.


“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katanya. - Bernama

 
adakah gadis melayu/Islam ini tidak menghina Islam..??
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKHVgNi638H4dqDtJWtyzanI25AukTq4nUAH6qbbRs_Mvt-CzQwmAddLtXyNg77rEpdiHF2xMI0eihClck5Y80QTgoq993jyhdMZD7P9x4xln3WSb3kaQxpGZamyeNl-qNXt6JnG8rF94/s400/arak.jpg 
adakah perlakuan melayu/Islam ini tidak menghina Islam..??
[kj2.JPG] 
adakah pemimpin melayu/Islam ini tidak menghina Islam..?

[3.jpg]
adakah orang melayu/Islam ini tidak menghina Islam..?



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZxSSIMIlLkZWb5ZjKts-n_j2dfQdsR_6UTMjVs_u9vg06woq8RjUkUwLeCaMuwfDdhmNWn_beiaL91r604R50_hmsmh7ElDgMVp_P0ZWPH3Ti67FzvqqBaX1nzcOic4O9mzU9FOkWGQg2/s400/mat+rempit.PNG
adakah remaja melayu/Islam ini tidak menghina Islam..?

http://3.bp.blogspot.com/_qqE6FBwEG-E/RwFK3HBv-_I/AAAAAAAAB4w/XiIR_a88Pg0/s200/rosmah1.jpg
adakah perbuatan isteri pimpinan negara melayu /Islam ini tidak menghina Islam..?

Tidakkah apa yang kebanyakkan orang melayu/Islam sekarang buat banyak menghina Islam..kenapa kita pertikaikan bukan Islam hina Islam..sedangkan kita yang mengaku Islam tidak mempertahankan kesucian Islam itu sendiri..?

kenapa kita tidak cermin diri kita bila kita nak mengherdik orang..? di manakah kesungguhan kita mempertahankan Islam sedangkan dalam masa yang sama kita terlebih dulu telah menghina Islam..bukan setakat perkataan malahan dengan perbuatan lagi..

Bagaimana bukan Islam nak hormat Islam..sedangkan umatnya sendiri tidak menghormati ugamanya..ummi cukup rasa malu bila umat Islam sendiri tak nak menjaga maruah diri dan agamanya..

jadi salahkah mereka yang tidak tahu keindahan Islam menghina Islam.. ? keindahan Islam telah dizahirkan buruk oleh penganutnya sendiri...secara peribadi ummi memang rasa terkilan sangat kerana mereka sudah mencampuri urusan agama kita...tetapi kelantangan mereka adalah kerana kelalaian kita juga..

bagaimana kita nak mereka hormat Islam...?? senang saja..seluruh umat Islam yang mengaku dia Islam kenalah mengamal apa yang diperintah Allah dan tinggalkan yang dilarang Allah..InsyaAllah dengan sendirinya Islam itu akan dipandang mulia oleh seluruh makhluk..

Wallahua'lam..

Wednesday, August 12, 2009

dah 44 mangsa H1N1..

Dua orang bayi, seorang bayi perempuan berumur 10 bulan dan seorang lagi bayi lelaki berumur 12 bulan adalah antara enam korban terbaru influenza A(H1N1) menjadikan jumlah korban setakat ini mencecah 44 orang. - Bernama

Mangsa H1N1 dah semakin meningkat..dahtu pulak laju aja angka dia naik..

WHO membuat andaian 0.1-0.5 % akan mati disebabkan virus ini.. brmakna 5,500 ke 28,000 org (daripada jmlah pnduduk 27.7 juta di M'sia)...fuhh..ramai tuu..kena buat solat tolak bala ni..sebelum andaian ini menjadi kenyataan..

Tuesday, August 11, 2009

udah hilang patung PM 1 Malaysia..bagus le..!!



BATU CAVES, 11 Ogos: Patung besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibina berhampiran patung besar kuil hindu dekat Batu Caves telah tidak ada lagi hari ini. Ia dipercayai dirobohkan semalam selepas kecoh dalam internet tentang replika itu.

Tidak diketahui bagaimana ia dirobohkan namun menurut saksi patung itu sudah tidak ada lagi pagi ini.
Ia menjadi kecoh kerana Umno dan pelbagai pihak membuat pelbagai jenis serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila penyokongnya membina satu gambar besarnya di Batu Caves Oktober tahun lalu.

Gambar besar itu dibina di persimpangan jalan kira-kira 2 km dari kuil Hindu Batu Caves itu sedangkan patung Najib dibina bersebelahan dengan patung besar kuil tersebut.

Antaranya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar Anwar di Batu Caves merupakan satu simbol yang memperlihatkan parti itu mendewakan pemimpinnya.

Beliau menegaskan adalah lebih baik wang yang digunakan untuk membinan replika tersebut digunakan untuk membantu rakyat yang miskin.

"Saya nak tanya pada PAS, apakah pembinaan replika Anwar ini diluluskan oleh PAS," katanya.


Turut menyerang adalah bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zalnul Abidin.

Ekoran itu, para penyokong Anwar menyerang Umno dan Dr Asri sendiri. Antaranya, Adun Batu Caves, Amirudin Shari kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Najib.
 
sumber siasah

jalan menuju ke PROGRAM SANTAI BERSAMA BLOGGERS PAS PERAK..

Oleh : albanjari
Dibawah wak sediakan map untuk sahabat2 blogger dari seluruh Perak dan negeri-negeri berdekatan yang akan hadir ke program dengan doa, jangan sesat noo !! Panduan jalan dah diberikan.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini dalam posting [ DI SINI ] wak sediakan MAP lengkap untuk ke lokasi sebenar PROGRAM SANTAI BERSAMA BLOGGERS PAS PERAK yang akan diadakan pada 15hb. Ogos ini (Sabtu). Program Tertutup yang diadakan itu hanya untuk blogger yang memegang KEAHLIAN PAS sahaja. Aturcara bermula pada jam 3 petang hari tersebut.

Bagi pihak Lujnah Penerangan PAS Negeri menjemput semua blogger PAS* untuk hadir ke pertemuan penting ini. JANGAN DI UZUR KAN !! Jemputan merujuk kepada Bloggers PAS* seperti di bawah :
  • Blogger yang bekerja dan bermastautin di negeri Perak,
  • Blogger yang berasal dari negeri Perak tapi bekerja di negeri lain,
  • Blogger yang ada laman blog atau website sendiri,
  • Ahli PAS berasal dari Perak yang mahu menjadi penulis blog.
Program Santai ini juga turut dihadiri oleh pimpinan PAS negeri, kepada yang nak 'berkubang' di kawasan jeram selepas program ini, silakan tiada halangan ! Jumpa wak di sana !!
Ramai yang tanya kenapa hanya bloggers PAS saja yang dijemput..kenapa tidak dijemput sekali bloggers Pakatan Rakyat..ini jawapan yang ummi boleh beri..

PROGRAM SANTAI BERSAMA BLOGGERS PAS PERAK adalah program anjuran Penerangan PAS Negeri Perak..ianya adalah program dalaman PAS untuk bersuaikenal dengan para bloggers dari jemaah PAS..kita memang akan mengumpulkan semua bloggers Pakatan Rakyat nanti setelah Penerangan PAS Perak dapat mengenal pasti semua bloggers dari PAS..

Harap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar program ini...harap takde sesiapa yang berkecil hati kerana telah ditetapkan dan dihadkan kepada satu parti aje... sesiapa saja boleh datang untuk sessi suai kenal dan ramah mesra tapi tang sessi taklimat ianya tertutup dan dikhususkan kepada bloggers ahli PAS saja..

diharap parti PKR dan DAP juga dapat buat program yang sama sebelum kita satukan dibawah Pakatan Rakyat..kemuncaknya kita akan gabungkan bloggers ketiga2 parti dan wujudkan satu sekreteriat dibawah Pakatan Rakyat bagi menghadapai PRU13 nanti..kita akan menjadikan bloggers sebagai jentera untuk pilihanraya..

InsyaAllah..

harap maklum..

Monday, August 10, 2009

cabaran di bulan Ramadhan..PRK N11 Permatang Pasir

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos awal Ramadhan... dan penamaan calon pula 17 Ogos.

cobaan untuk petugas pilihanraya..bersiaplah..kekalkan kemenangan di tangan PR..


Takbir..


Allahu Akhbar..!!

jemputan untuk semua Bloggers PAS di Perak..moh ke dusun kita..!!! (kemaskini)

Program Santai Bersama Bloggers PAS.

Jika anda seorang bloggers, dan memiliki nombor keahlian PAS, maka ANDA dijemput ke program tersebut. Program santai bersama pimpinan ini akan diadakan pada 15hb. Ogos 2009.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri Perak ini akan diadakan di kawasan kebun buah-buahan Pak Khalil, Gopeng Perak.

Di maklumkan, program ini akan bermula pada jam 3 petang hari tersebut yang jatuh pada hari Sabtu.

Di antaran tujuan utama program ini dibuat adalah bagi mengumpul dan mengenal pasti bloggers-bloggers PAS yang aktif menulis terutamanya melalui blog dari Negeri Perak. Dan kemungkinan besar selepas ini, akan diwujudkan satu Sekretariat khusus bagi memantau selain mengerakkan bloggers-bloggers yang dikenalpasti boleh bersama menyampaikan misi dan visi PAS negeri kepada khalayak rakyat Perak melalui blog.

Maka dengan ini, wak menjemput semua blogger-blogger PAS dari BloggersNetwork serta dari Perakini, juga blogger-blogger PAS yang bergerak sendiri khususnya dari Perak agar dapat hadir ke Program Santai bersama Bloggers PAS ini .

InsyaAllah, beberapa program yang lebih besar akan dirancangkan selepas perjumpaan kelak. Jumpa semua di sana. Mohon dapat disebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan dan sahabat.

Email wak - albanjari_online@yahoo.com
Tel - 012 402 6129


tempat untuk program ini seperti di blog Ajijoi..

alamatnya

Hanifa Kem
Kg Jahang,
31600 Gopeng
Tel: 017-5036758
Pak Khalil Bin Mohd Ali

TPM baru sedar dari lena yang panjang.....

PERTH 8 Ogos - Dianggarkan tiga juta murid akan keciciran dalam penguasaan bahasa Inggeris jika dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak dimansuhkan.

Ketika menjelaskan sebab kerajaan tidak meneruskan dasar itu kepada 1,000 pelajar Malaysia di sini malam tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemansuhan itu mengambil kira ketidakupayaan majoriti murid menguasai bahasa Inggeris semasa mengikuti dua subjek berkenaan.

''Jadi, kalau pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menggunakan bahasa ibunda mereka untuk PPSMI, mengapa pula sekolah kebangsaan perlu menjawab dalam bahasa Inggeris," katanya.

''Namun, kita kena fikirkan masa depan 500,000 pelajar. Kalau dalam setahun, sebahagian tidak faham langsung, maka dalam tempoh enam tahun sahaja, jumlahnya mencapai tiga juta murid.

''Kalau hendak diteruskan juga, anda boleh bayangkan akan hasilnya dan ia tentu beri kesan buruk kepada Malaysia.

''Saya tahu ada pihak menyatakan keputusan ini (mansuhkan PPSMI) tidak popular sebab sebilangan kata mampu ikut tetapi (realitinya) sebahagian besar pelajar tidak mampu," katanya-utusan

lorrr....baru ni nak perasan ke TPM 1 Malaysia ni..?? jadi selama ini anak2 melayu kita jadi mangsa kepada tindakan membabi buta pemerintah saja la ye...cerdik pandai dah kasi warning pun tak diendahkan..dah sampai turun ke jalan baru nak sedar ke hape pemerintah 1 malaysia ni...banyak makan ubat tido ke TPM ni...
ciss bedebah..kesian anak ummi dan anak2 melayu yang lain..ketuanan melayu konon..cittt porraahhh..!!
tapi ummi berterima kasih juga lah sebab mahu juga dengar permintaan rakyat..tapi rakyat akan laaaagiii sayaaanggg( :: ) kat pemerintah 1 Malaysia kalau tahun depan dimansuhkan PPSMI ini dan bukan pada tahun 2012 nanti..;)

Sunday, August 09, 2009

isu arak...UBN dalam benci tapi suka...

Click to view full size image ==============
yang tersurat.....
Demo UBN mengenai arak...semangat betol dorang ni...


yang tersirat..
ambik kau..siap ada resit lagi tu...tu yang 'TER'ada resit..yang tak ada resit...
ontah la..tak dapek den nak bayangkan..

uikk...terbit tuhan baru ke kat Batu Caves...

 

:)):)):)) kah..kah..kah....:)):)):))
ummi tak mau kata apa dah..nak gelak saja..
ini lebih kurang atau terlebih sikit dari kes replika DSAI dulu...
Tuhan baru ka ni..??

:)):)):)) kah..kah..kah..!!!:)):)):)) 
wahai orang2 UBN...tak mau melalak macam kes DSAI dulu ke..?? :-":-"

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil